BISNES
Malaysia catat kenaikan 15 kali ganda dalam mendapatkan semula aset kepada RM37.63 bilion
Walaupun angka pemulihan aset secara keseluruhan membuktikan kejayaan dalam memperoleh aset haram, terdapat pergantungan kepada satu kes berprofil tinggi iaitu 1MDB, untuk memacu hasil pemulihan keseluruhan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pengambilan semula aset yang ketara susulan penekanan yang jelas pada peringkat dasar dan operasi, sekali gus meningkatkan hasil sebanyak 15 kali ganda iaitu berjumlah RM37.63 bilion dalam bentuk aset, sejak laporan penilaian bersama pada 2015.
Ringkasan AI
Badan pemantau jenayah kewangan global, Pasukan Petugas Tindakan Kewangan dan Kumpulan Asia/Pasifik mengenai Pengubahan Wang Haram memaklumkan perkara itu dalam laporan penilaian bersama yang diumumkan pada Khamis.
Menurut laporan itu, pihak berkuasa Malaysia memberi penekanan yang jelas terhadap pemulihan aset, terutamanya menerusi proses sivil (pemulihan cukai, pelucutan hak tanpa sabitan dan pembayaran balik Suruhanjaya Sekuriti).
Laporan itu juga menyatakan bahawa mengikut dasar hala tuju Jawatankuasa Penyelarasan Pencegahan Pengubahan Wang Haram peringkat Kebangsaan (NCC), pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang telah menyasarkan pelan tindakan dan pasukan khusus berkaitan dengan penyitaan dan pelucutan aset.
"Antara 2019 dan Februari 2025, Malaysia mencapai hasil pemulihan aset yang baik, memperoleh 8.11 bilion euro menerusi pelbagai strategi komprehensif yang berkesan, sekali gus memanfaatkan penghantaran pulang aset berkaitan 1MDB (75.1 peratus).
"Ia turut melibatkan pemulihan cukai dan duti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (22.2 peratus), sabitan dan pelucutan hak berasaskan sabitan (2.6 peratus) dan mekanisme pelupusan dan pengembalian (0.2 peratus).
"Tidak termasuk kes 1MDB, hasil pemulihan aset Malaysia sebanyak 2.03 bilion euro merupakan peningkatan yang ketara berbanding laporan penilaian bersama negara pada 2015, walaupun agak sederhana berbanding jumlah aset berkaitan 1MDB yang dipulihkan, memandangkan risiko dan konteks negara.
"Walaupun angka pemulihan aset secara keseluruhan sebanyak 8.11 bilion euro membuktikan kejayaan dalam memperoleh aset haram, ia menunjukkan pergantungan kepada satu kes berprofil tinggi (1MDB) untuk memacu hasil pemulihan keseluruhan," kata laporan itu.
Katanya, ia menyatakan bahawa walaupun Malaysia menunjukkan kapasiti dalam kes-kes yang kompleks dan berskala besar, mungkin terdapat keperluan untuk mengukuhkan usaha pemulihan aset sistemik merentasi pelbagai kes bagi memastikan hasil yang lebih konsisten.
Tambahan pula, rangka kerja pemulihan aset Malaysia tidak sejajar sepenuhnya dengan profil risikonya, terutamanya rangkaian penuh kesalahan predikat berisiko tinggi dan sederhana tinggi.
Pasukan penilaian juga berkata Malaysia telah melaksanakan beberapa penambah baikan dalam sistem pengisytiharannya dan mengenal pasti pergerakan mata wang rentas sempadan, seperti peningkatan dalam borang pengisytiharan yang dikemukakan berbanding laporan penilaian bersama pada 2015.
Bagaimanapun, Malaysia tidak merampas mata wang rentas sempadan sama ada ia diisytiharkan secara palsu atau tidak diisytiharkan selaras dengan profil risikonya.
Selain itu, menurut laporan itu, sekatan kerana melanggar keperluan pengisytiharan itu adalah tidak berkesan, berkadar dan tidak meyakinkan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia mencatatkan pemulihan aset sebanyak RM37.63 bilion, meningkat 15 kali ganda sejak 2015, disebabkan oleh penekanan kuat pada peringkat dasar dan operasi.
- Pihak berkuasa Malaysia memberi penekanan terhadap pemulihan aset menerusi proses sivil dan hasil pemulihan terutama melalui pelan tindakan dan pasukan khusus berkaitan dengan penyitaan dan pelucutan aset.
- Meskipun hasil pemulihan aset Malaysia meningkat, kebergantungan terhadap kes 1MDB membuktikan keperluan untuk mengukuhkan usaha pemulihan aset sistemik merentasi pelbagai kes bagi hasil yang lebih konsisten.
Badan pemantau jenayah kewangan global, Pasukan Petugas Tindakan Kewangan dan Kumpulan Asia/Pasifik mengenai Pengubahan Wang Haram memaklumkan perkara itu dalam laporan penilaian bersama yang diumumkan pada Khamis.
Menurut laporan itu, pihak berkuasa Malaysia memberi penekanan yang jelas terhadap pemulihan aset, terutamanya menerusi proses sivil (pemulihan cukai, pelucutan hak tanpa sabitan dan pembayaran balik Suruhanjaya Sekuriti).
Laporan itu juga menyatakan bahawa mengikut dasar hala tuju Jawatankuasa Penyelarasan Pencegahan Pengubahan Wang Haram peringkat Kebangsaan (NCC), pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang telah menyasarkan pelan tindakan dan pasukan khusus berkaitan dengan penyitaan dan pelucutan aset.
"Antara 2019 dan Februari 2025, Malaysia mencapai hasil pemulihan aset yang baik, memperoleh 8.11 bilion euro menerusi pelbagai strategi komprehensif yang berkesan, sekali gus memanfaatkan penghantaran pulang aset berkaitan 1MDB (75.1 peratus).
"Ia turut melibatkan pemulihan cukai dan duti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (22.2 peratus), sabitan dan pelucutan hak berasaskan sabitan (2.6 peratus) dan mekanisme pelupusan dan pengembalian (0.2 peratus).
"Tidak termasuk kes 1MDB, hasil pemulihan aset Malaysia sebanyak 2.03 bilion euro merupakan peningkatan yang ketara berbanding laporan penilaian bersama negara pada 2015, walaupun agak sederhana berbanding jumlah aset berkaitan 1MDB yang dipulihkan, memandangkan risiko dan konteks negara.
"Walaupun angka pemulihan aset secara keseluruhan sebanyak 8.11 bilion euro membuktikan kejayaan dalam memperoleh aset haram, ia menunjukkan pergantungan kepada satu kes berprofil tinggi (1MDB) untuk memacu hasil pemulihan keseluruhan," kata laporan itu.
Katanya, ia menyatakan bahawa walaupun Malaysia menunjukkan kapasiti dalam kes-kes yang kompleks dan berskala besar, mungkin terdapat keperluan untuk mengukuhkan usaha pemulihan aset sistemik merentasi pelbagai kes bagi memastikan hasil yang lebih konsisten.
Tambahan pula, rangka kerja pemulihan aset Malaysia tidak sejajar sepenuhnya dengan profil risikonya, terutamanya rangkaian penuh kesalahan predikat berisiko tinggi dan sederhana tinggi.
Pasukan penilaian juga berkata Malaysia telah melaksanakan beberapa penambah baikan dalam sistem pengisytiharannya dan mengenal pasti pergerakan mata wang rentas sempadan, seperti peningkatan dalam borang pengisytiharan yang dikemukakan berbanding laporan penilaian bersama pada 2015.
Bagaimanapun, Malaysia tidak merampas mata wang rentas sempadan sama ada ia diisytiharkan secara palsu atau tidak diisytiharkan selaras dengan profil risikonya.
Selain itu, menurut laporan itu, sekatan kerana melanggar keperluan pengisytiharan itu adalah tidak berkesan, berkadar dan tidak meyakinkan.
-- BERNAMA
#pemulihan aset
#pengubahan wang haram
#Pengisytiharan mata wang rentas sempadan
#pasukan petugas tindakan kewangan