Malaysia dan Turki menyasar memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada April, demikian umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Rundingan bagi pusingan akhir perjanjian perdagangan itu akan bermula di Ankara pada Isnin hingga Rabu, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
"Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mencadangkan kami memeterai FTA pada April. Beliau menjemput saya melawat Turki sekali lagi agar perjanjian itu boleh dimeterai semasa kunjungan tersebut," katanya pada sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala di bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Najib juga berkata Malaysia dan Turki turut bersetuju menghapuskan keperluan visa antara kedua-dua negara.
Kami memutuskan secara prinsipnya bahawa keputusan ini akan diambil. Draf perjanjian telah diserahkan dan kementerian serta agensi akan menelitinya agar dalam masa yang sesingkat mungkin kami akan menghapuskan keperluan visa antara kedua-dua negara," kata beliau.
Erdogan sedang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam. Lawatan itu penting kerana ia menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Turki yang terjalin sejak 1964.
Terdahulu, Najib dan Erdogan memeterai deklarasi Rangka Kerja bagi Kerjasama Strategik antara Malaysia dan Turki.
Bagi menyokong keyakinan terhadap ekonomi Turki dan kepimpinan Erdogan, Perdana Menteri berkata Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan kerajaan bersetuju melabur US$1.5 bilion di negara itu.
Menurut beliau, Khazanah, menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) juga akan melabur US$400 juta bagi menambahkan ekuiti sahamnya kepada 60 peratus dalam projek Lapangan Terbang Antarabangsa Turki kedua di Istanbul.
"Pelaburan itu juga termasuk US$1.1 bilion dalam industri penjagaan kesihatan Turki. Kami juga akan menyediakan apa juga bantuan bagi memudahkan peningkatan pelaburan dari Turki ke Malaysia," kata beliau.
Mengenai deklarasi bersama itu, Najib berkata ia akan meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada hubungan strategik yang akan menyediakan asas kukuh bagi semua pihak relevan termasuk kerajaan dan sektor swasta kedua-dua negara, untuk memenuhi hasrat dan sasaran perjanjian strategik tersebut.
Dalam perbincangan kami pagi ini, Erdogan mencadangkan perdagangan dua hala ditingkatkan kepada US$1.5 bilion hingga US$5 bilion, kata beliau.
Sementara itu, Najib juga menyambut baik langkah Turkish Airlines yang menyambung semula penerbangan empat kali seminggunya ke Kuala Lumpur.
Terdapat kemungkinan besar akan ada penerbangan harian dari Turki ke Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat ini, kata beliau.
Semasa perbincangan mereka, kedua-dua perdana menteri itu juga bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk kewangan Islam, pelancongan, pertukaran budaya dan kerjasama di negara ketiga menerusi Petronas.
Beliau berkata kedua-dua perdana menteri juga bersetuju untuk menganjurkan tahun budaya antara Turki dan Malaysia seperti yang dicadangkan oleh Erdogan.
Kami juga bertukar-tukar pandangan tentang isu antarabangsa terutamanya yang berkaitan dengan Timur Tengah dan dunia Islam. Oleh kerana kedua-dua negara ini telah dikenal pasti sebagai model demokrasi dalam dunia Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan bahawa kita boleh menerajui bukan sahaja dari segi kerjasama dua hala tetapi juga dari segi Islam dan demokrasi.
Saya mengucapkan tahniah di atas kepimpinan jitu beliau, saya berharap dapat bekerjasama dengan lebih rapat lagi dengan beliau bagi meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara," kata Najib.
Bernama
Fri Jan 10 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) menyambut ketibaan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini - Foto Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Malaysia pertingkat FTA ASEAN untuk tambah baik pertumbuhan ekonomi serantau
Langkah ini bertujuan memanfaatkan landskap ekonomi global yang sentiasa berubah terutama apabila Malaysia memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia suara hasrat teruskan perbincangan FTA dengan Kesatuan Eropah - Anwar
Malaysia menyatakan hasrat kepada Kesatuan Eropah (EU) bagi meneruskan perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-EU.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Hungary bakal Presiden EU, mahu hidupkan semula rundingan FTA EU-Malaysia
Putrajaya dan Budapest akan menyambung semula mesyuarat pertama jawatankuasa bersama Hungary-Malaysia.
Thailand guna FTA untuk tingkat eksport pertanian
Thailand rancang laksan FTA dengan rakan dagang strategik bagi meningkatkan lagi eksport produk pertanian dan produk pertanian yang diproses negara itu.
Filipina, Korea Selatan tandatangan perjanjian perdagangan bebas
Filipina dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang bertujuan untuk meningkatkan akses pasaran antara kedua-dua negara Asia itu.
Perdagangan dua hala Turki-Malaysia melonjak dengan protokol FTA terkini
Hubungan dua hala yang sudah mantap boleh dipertingkatkan lagi selain terdapat potensi besar dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.