awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dijangka capai sasaran defisit fiskal 3 peratus - Irwan Serigar

Bernama
Bernama
10/07/2017
11:06 MYT
Malaysia dijangka capai sasaran defisit fiskal 3 peratus - Irwan Serigar
Irwan menafikan laporan media yang menyatakan defisit fiskal negara meningkat kepada RM30.5 bilion untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini. - Gambar fail
Malaysia dijangka mencapai unjuran defisit fiskalnya sebanyak 3.0 peratus pada tahun ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Menafikan laporan media yang menyatakan defisit fiskal negara meningkat kepada RM30.5 bilion untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini dan menganggap laporan itu sebagai 'dakwaan tidak berasas', katanya Kementerian Kewangan mempunyai jadual tahunan untuk mengira defisit apabila tahun berakhir pada Disember.
"Sebenarnya, anggaran defisit masih kekal. Pada tahun lepas, ia adalah 3.1 peratus dan pada tahun ini 3.0 peratus. Ini kerana ia berdasarkan kepada pengiraan satu tahun...perolehan dianggarkan pada Disember, hanya selepas itu kita boleh mengira defisit untuk keseluruhan tahun.
"Sebahagian bulan, sebahagian perolehan akan susut sedikit dan sebagainya. Kita tidak boleh menggunakannya sebagai defisit fiskal untuk keseluruhan tahun. Kami mengiranya secara tahunan. Jika sasaran adalah 3.0 peratus, ia kekal," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Acara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Mohd Irwan Serigar mengulas mengenai laporan berita yang memetik Citi Research bahawa defisit fiskal negara meningkat kepada RM30.5 bilion berbanding RM26 bilion pada tempoh sama sebelum ini.
Beliau juga berkata sasaran defisit fiskal kekal pada landasan susulan pembayaran berjadual seperti dividen Petronas diterima pada suku kedua.
"Kami memasuki pasaran untuk mengumpul bon kerajaan. Kadangkala perolehan turun, tetapi pada bulan tertentu, defisit lebih kecil berbanding secara keseluruhan tetapi kita kekal pada purata 3.0 peratus.
"Ini tidak perlu bimbang. Eksport kita meningkat 32.5 peratus pada Mei. Inflasi merosot kepada 3.9 peratus berbanding 4.4 peratus pada April. Rizab antarabangsa Bank Negara mengukuh lagi. Oleh itu, ekonomi kita kelihatan baik dan kita akan mempunyai bajet yang baik pada tahun ini," katanya.
"Sudah tentu, laporan tersebut tidak benar. Kita perlu melihat kepada keseluruhan tahun. Kemudian, kita akan menunjukkan angkanya. Malah, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengutip RM55 bilion dan saya memantaunya setiap hari. Kerajaan juga mempunyai perolehan lain, seperti kita menjual Bakun, dan kita mendapat pendapatan. Kita juga menjual tanah. Oleh itu, perolehan masih kukuh.
"Malah, kita mempunyai lebih banyak perolehan sekarang, dan itu sebabnya saya mengatakan Bajet 2018 akan baik untuk negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Citi Research
#defisit fiskal
#Kementerian Kewangan
#Ketua Setiausaha Perbendaharaan
#Mohd Irwan Serigar Abdullah
#Najib Razak
#rizab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan