KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 6.0 peratus tahun ini selepas didorong oleh pembukaan sempadan antarabangsa, peningkatan kadar vaksinasi dan peralihan negara ke arah fasa endemik.
Penolong Naib Presiden/Penganalisis Moody's Investors Nishad Majmudar berkata pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.
"(Berhubung dengan peralihan ke dalam fasa endemik), kami menjangkakan bahawa ia akan menyokong aktiviti ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan swasta di negara ini. Satu lagi faktor ialah kami meramalkan pertumbuhan yang lebih lemah dalam pasaran eksport utama seperti Kesatuan Eropah, yang menyumbang kira-kira 10 peratus daripada eksport.
"Bagaimanapun, Malaysia yang memiliki kemampuan eksport yang pelbagai seperti elektronik termasuk minyak dan gas akan berada dalam kitaran yang cukup mantap, tambahan pula, harga barangan ini sedang meningkat," katanya kepada pemberita semasa sidang meja bulat maya Moody's yang bertajuk "Inside ASEAN : Malaysia" hari ini.
Beliau menjelaskan bagaimanapun terdapat beberapa risiko penurunan seperti konflik Ukraine-Rusia serta potensi lonjakan inflasi yang akan menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan respons yang lebih cepat berkaitan normalisasi kadar dasar.
"Konflik Ukraine-Rusia adalah risiko penurunan terbesar untuk pertumbuhan. Malah, kami mengunjurkan beberapa ekonomi G20 di Eropah dan Asia Pasifik akan mengalami kejatuhan," kata Nishad, sambil menambah BNM dijangka akan menaikkan kadar asasnya pada separuh pertama 2022.
Satu lagi pusingan penutupan sempadan selepas timbul ancaman varian baharu akan menjadi antara risiko yang berpotensi tetapi kerajaan Malaysia telah nekad untuk memastikan ekonomi terbuka dan merawat COVID-19 sebagai endemik.
Selain itu, persekitaran politik yang tidak menentu akan menjejaskan kredibiliti serta keberkesanan institusi di Malaysia selain mengancam kestabilan aliran modal dan pelaburan, yang boleh menjadi risiko penurunan yang lain bagi Malaysia, katanya.
"Dalam penilaian kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa riuh-rendah politik yang kami dengar, dalam pandangan kami, tidak mempengaruhi fungsi institusi ekonomi utama seperti Kementerian Kewangan, Bank Negara dan pengawal selia sekuriti.
"Bagaimanapun, ketidakpastian di sekitar tarikh pilihan raya dan majoriti yang agak tipis di Parlimen, kami fikir telah menghalang proses pembaharuan fiskal secara ketara dan menjadikannya sukar bagi mana-mana kerajaan yang dipilih, sejak tiga tahun ini memberi tumpuan ke atas sesetengah daripada pembaharuan," kata Nishad.
Beliau menambah jika pilihan raya umum berlaku dalam tempoh terdekat, ia berpotensi membawa kepada persekitaran politik yang lebih tidak menentu dan menambah keriuhan cakap-cakap politik tetapi ia tetap tidak akan menjejaskan fungsi institusi utama secara keseluruhan.
Sementara itu, Moody's menjangkakan harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 (US$1 = RM4.21) setong pada tahun ini.
Agensi penarafan itu meramalkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk menambah peruntukan perbelanjaan modal pada tahun ini, yang akan memberi manfaat kepada eksplorasi serta kontraktor pengeluaran dan syarikat perkhidmatan minyak, kata penganalisisnya, Hui Ting Sim.
"Daripada segi keuntungan, saya fikir ianya agak positif memandangkan akan ada lebih banyak perniagaan untuk peneraju dalam industri perkhidmatan minyak. Unjuran bagi pendapatan dan aliran tunai mungkin agak kurang baik selepas banyak syarikat terpaksa menanggung kos operasi yang lebih tinggi tahun ini disebabkan tekanan inflasi yang membawa kepada peningkatan kos utiliti, peralatan dan buruh.
"Keuntungan syarikat-syarikat ini akan bergantung kepada keupayaan mereka untuk membenamkan peningkatan kos kepada pengeluar minyak dan gas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
![Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620967243_Moodys.jpg)
Penolong Naib Presiden/Penganalisis Moody's Investors Nishad Majmudar berkata ketidakpastian di sekitar tarikh pilihan raya dan majoriti yang agak tipis di Parlimen, telah menghalang proses pembaharuan fiskal secara ketara.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673413000_Moodys.jpg)
Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.
![Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673413000_Moodys.jpg)
Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.
![Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701125441_TBEXIMBANKjpg.jpg)
Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.
![Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673413000_Moodys.jpg)
Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.
![Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673413000_Moodys.jpg)
Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.
![Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
![Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656565785_Moodys.jpg)
Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.
![BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625550980_BNM.jpg)
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.
![Moody's sahkan penarafan A2 Petronas dengan prospek stabil Moody's sahkan penarafan A2 Petronas dengan prospek stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649230362_Petronas.jpg)
Moody's sahkan penarafan A2 Petronas dengan prospek stabil
Menurut kenyataan itu, unjuran stabil tersebut adalah seiring dengan prospek stabil ke atas penarafan Malaysia.
![Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620967243_Moodys.jpg)
Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's
Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.