awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa kesimpulan awal bagi semakan AITIGA - PM Anwar

Bernama
Bernama
10/10/2024
23:30 MYT
Malaysia gesa kesimpulan awal bagi semakan AITIGA - PM Anwar
Anwar (lima, kanan) bersama pemimpin ASEAN lain bergambar kenangan dengan Modi pada Sidang Kemuncak ASEAN-India di Vientiane, Laos, pada Khamis. --fotoBERNAMA
VIENTIANE: Malaysia menggesa kesimpulan lebih awal terhadap semakan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA), ketika Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-21, di sini, pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau menekankan keperluan untuk memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Beliau turut menyeru ASEAN dan India untuk memanfaatkan transformasi digital dan teknologi berkaitan untuk mengembangkan pasaran sedia ada, memanfaatkan kepakaran India dalam pembangunan perisian dan inovasi digital.
Sidang Kemuncak ASEAN-India yang dihadiri oleh pemimpin serantau dan Perdana Menteri India, Narendra Modi, berlangsung di Vientiane, Laos, sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-sidang Berkaitan.
Dalam kenyataan selepas sidang kemuncak itu, Pengerusi ASEAN mengumumkan bahawa kalangan pemimpin bersetuju untuk menetapkan 2025 sebagai Tahun Pelancongan ASEAN-India untuk mendorong pertukaran rakyat dengan rakyat serta budaya antara ASEAN dan India.
"Mesyuarat itu kemudiannya menggalakkan kerjasama lebih mendalam menerusi bidang yang dilihat oleh kedua-dua pihak sebagai berpotensi besar antaranya perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pembangunan modal insan, ekonomi digital, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana," katanya.
Menurut kenyataan itu, sidang kemuncak berkenaan diakhiri dengan penerimagunaan dua dokumen hasil utama iaitu Kenyataan Bersama Bagi Memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-India Untuk Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran di Rantau Ini dalam konteks Tinjauan ASEAN di Indo-Pasifik dengan sokongan Dasar Akta Timur India dan Kenyataan Bersama ASEAN-India Dalam Meningkatkan Transformasi Digital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Narendra Modi
#Sidang Kemuncak ASEAN-India
#AITIGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan