awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Guizhou kaji penerbangan terus untuk galak pelancongan

Bernama
Bernama
12/07/2018
21:15 MYT
Malaysia, Guizhou kaji penerbangan terus untuk galak pelancongan
Guizhou menawarkan banyak tarikan pelancongan dan keajaiban semula jadi serta beberapa tapak warisan UNESCO yang harus dikunjungi oleh rakyat Malaysia. - Gambar hiasan / wikipedia
Kerajaan akan berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan untuk melancarkan penerbangan terus bagi meningkatkan kesalinghubungan dari Malaysia ke Guizhou di China bagi menggalakkan pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata mereka akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan seperti Air Asia, Malindo Air, Malaysia Airlines dan China Southern Airlines mengenai laluan kemungkinan seperti Pulau Pinang atau Kuala Lumpur dan Guiyang, ibu negeri Guizhou.
"Guizhou menawarkan banyak tarikan pelancongan dan keajaiban semula jadi dan mempunyai beberapa tapak warisan UNESCO yang harus dikunjungi oleh rakyat Malaysia dan melawat permata tersembunyi ini.
"Pada masa yang sama, penerbangan terus akan menarik lebih ramai pelancong dari wilayah tersebut ke negara ini," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan Promosi Guizhou Berwarna-Warni 2018, di sini pada Khamis.
Beliau berkata 20,000 pelancong direkodkan dari Malaysia ke Guizhou, tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Wilayah Guizhou (CPC) Mu Dugui berkata pihaknya akan melakukan penambahbaikan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelancong Muslim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#ekonomi
#Guiyang
#Guizhou
#Malaysia
#Mu Dugui
#Muhammad Bakhtiar Wan Chik
#Muslim
#pelancong
#pelancongan
#penerbangan
#penerbangan terus
#syarikat penerbangan
#tapak warisan
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan