awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia perlu bekerjasama bina semula industri acara perniagaan - MYCEB

Bernama
Bernama
05/07/2022
10:44 MYT
Malaysia, Indonesia perlu bekerjasama bina semula industri acara perniagaan - MYCEB
MyCEB akan berusaha untuk menjadikan kerjasama itu sebagai bermakna dan berjaya.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia perlu mencari titik persamaan bagi pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dan bergerak ke hadapan serta mewujudkan impak ekonomi yang lebih besar, menurut Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB).
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata MyCEB akan berusaha untuk menjadikan kerjasama itu sebagai bermakna dan berjaya.
"Walaupun Malaysia mempunyai pengalaman yang luas dalam mengadakan acara antarabangsa, banyak lagi yang boleh kita pelajari daripada Indonesia yang akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan G20 Ke-17 (G20) pada November ini.
"Dengan pembukaan sempadan pada 1 April, pengunjung acara perniagaan akan mendapat manfaat yang lebih banyak dengan tiada lagi keperluan ujian PCR atau insurans COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
MyCEB baru-baru ini telah membuat lawatan rasmi ke Jakarta dengan tujuan untuk menjalin hubungan yang lebih erat bagi pembangunan industri acara perniagaan antara kedua-dua negara.
Perhimpunan pemimpin utama industri, terutamanya wakil daripada Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Persatuan Perusahaan Pameran Indonesia (IECA-Asperapi), Pameran Konvensyen Indonesia, Pusat Konvensyen Jakarta, Penganjur Persidangan Profesional, sektor awam dan swasta serta beberapa media tempatan, telah menghasilkan perbincangan yang positif.
Bagaimanapun, Abdul Khani berkata lebih banyak usaha diperlukan untuk memulakan semula industri ini dan kerjasama dengan negara-negara jiran, seperti Indonesia, adalah penting.
Sementara itu, Pengerusi IECA-Asperapi dan Pengarah Balai Sidang Jakarta Convention Centre Hosea Andreas Runkat berkata Indonesia berbesar hati dapat bekerjasama dengan juara industri rakan setara untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada perniagaan untuk rantau ini dengan impak daripada pandemik.
"Ini akan menarik dan memberi keyakinan kepada pemimpin dunia antarabangsa, pembuat keputusan dan pelabur yang berpotensi terhadap keupayaan Malaysia dan Indonesia untuk menjalankan mesyuarat bertaraf dunia dan bertanggungjawab dalam era norma baharu ini," katanya.
Menurut MyCEB, pihaknya sentiasa bersedia untuk menerajui usaha secara kolektif dalam membangunkan lebih banyak peluang rangkaian yang akan memberi laluan kepada petunjuk perniagaan baharu dan kontrak untuk ekonomi Malaysia.
Katanya ini akan meningkatkan lagi pengiktirafan dan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama untuk acara perniagaan di rantau ini dan dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#yCEB
#Malaysia-Indonesia
#acara perniagaan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan