awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia jadi salah satu wilayah Google Cloud di Asia Pasifik

Dagang News
Dagang News
11/08/2022
03:00 MYT
Malaysia jadi salah satu wilayah Google Cloud di Asia Pasifik
Google bagaimanapun tidak memperincikan di kawasan mana wilayah itu akan ditempatkan di Malaysia. -Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Google Cloud, sistem perkomputeran awan yang ditawarkan oleh Google LLC mengumumkan rancangan untuk menambah wilayah awan di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan di Asia Pasifik.
Malaysia akan menjadi antara tiga negara tambahan, selain Thailand dan New Zealand, untuk menyertai enam wilayah Google Cloud lain yang diumumkan sebelum ini, iaitu Berlin, Dammam, Doha, Mexico, Tel Aviv, dan Turin.
Bagaimanapun, Google tidak memperincikan di kawasan mana wilayah itu akan ditempatkan di Malaysia.
Apabila ia dilancarkan, wilayah baharu ini akan menyertai 34 wilayah awan Google yang sedang beroperasi di seluruh dunia, 11 daripadanya berada di Asia-Pasifik, dan Google mendakwa mereka sedang menyampaikan “perkhidmatan berprestasi tinggi” yang dijalankan pada “awan terbersih dalam industri”.
Naib Presiden Google Cloud Asia-Pasifik, Karan Bajwa berkata, wilayah baharu di Malaysia, Thailand dan New Zealand akan membantu pelanggan untuk terus mendayakan pertumbuhan dan menyelesaikan masalah perniagaan mereka yang paling kritikal.
"Kami akan bekerjasama dengan pelanggan kami untuk memastikan kawasan itu bersesuaian dengan keperluan mereka.
"Kawasan awan baharu ini mewakili komitmen berterusan kami untuk menyokong transformasi digital di seluruh Asia-Pasifik,” katanya.
Bajwa menyatakan bahawa Google akan terus melabur dalam mengembangkan ketersambungan ke seluruh rantau dengan bekerjasama dengan rakan kongsi dalam industri telekomunikasi untuk mewujudkan kabel dasar laut — termasuk Apricot, Echo, JGA South, INDIGO dan Topaz — dan tempat kehadiran di bandar utama.
Sementara itu, International Data Corp (IDC) menjangkakan jumlah perbelanjaan perkhidmatan awan di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun akan mencecah AS$282 bilion (RM1.26 trilion) menjelang 2025. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Google Cloud
#sistem perkomputeran awan
#Karan Bajwa
#Asia Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan