KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berkata langkah Indonesia untuk menarik balik larangan eksport minyak sawit berkuat kuasa 23 Mei, 2022 kemungkinan menyebabkan harga minyak sawit mentah (MSM) terkesan.
Namun begitu, kementerian itu menambah tidak akan ada penurunan harga yang mendadak memandangkan pasaran menjangkakan bahawa larangan eksport ini hanya bersifat sementara.
Menteri Datuk Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan semua pengusaha kelapa sawit Malaysia termasuk firma perladangan dan pekebun kecil supaya tenang dan tidak terlalu bimbang dengan perkembangan terkini.
Tambahan pula, penurunan harga minyak sawit (MSM) baru-baru ini telahpun mengambil kira kemungkinan ini.
"Penganalisis pasaran turut menjangkakan pengusaha minyak sawit Malaysia bakal meraih faedah terbesar dalam jangka panjang kerana mereka mampu menjual MSM pada harga tinggi, sekali gus meningkatkan margin keuntungan bagi pertengahan kedua 2022, ditambah dengan pengeluaran yang lebih tinggi tahun ke tahun dan suku ke suku," jelas beliau.
"Walaupun penarikan larangan eksport memberi kelegaan besar kepada penanam Indonesia, mereka sudah terlepas tempoh harga MSM yang tinggi (Februari-April 2022) apabila harga minyak sawit Indonesia didagangkan pada diskaun yang lebih besar berbanding Malaysia, akibat dasar kawalan eksport yang telah dilaksanakan lewat Januari 2022."
Dasar Indonesia boleh memberi manfaat kepada Malaysia
Menurut Zuraida, dasar Indonesia mampu memberi manfaat kepada Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, memandangkan ini membolehkan Malaysia muncul sebagai pembekal dominan ke India, yang merupakan pembeli utama minyak makan dunia.
Cukai eksport Malaysia yang lebih rendah dan larangan eksport Indonesia mungkin menyebabkan sumbangan eksport minyak sawit Indonesia ke India jatuh kepada 35 peratus pada tahun pemasaran semasa yang berakhir pada 31 Okt, 2022 daripada lebih 75 peratus sedekad lalu, menurut anggaran daripada Solvent Extractors' Association of India (SEA), sebuah badan perdagangan minyak sayuran.
Dalam lima bulan pertama tahun pemasaran 2021/22, India membeli 1.47 juta tan minyak sawit Malaysia berbanding 982,123 tan metrik tan dari Indonesia, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh SEA.
Untuk Mei tahun ini, India dianggarkan mengimport sekitar 570,000 tan minyak sawit, dengan 290,000 tan dari Malaysia dan 240,000 tan dari Indonesia, kata Zuraida.
"Justeru, KPPK percaya bahawa harga MSM akan kekal pada paras tinggi, memandangkan ketidaktentuan pengeluaran minyak bijian utama (seperti kacang soya, jagung dan biji bunga matahari) sama ada disebabkan oleh ketegangan geopolitik atau cuaca yang tidak menentu.
"Akhir sekali, walaupun Indonesia akan menyambung semula eksport minyak sawitnyapada 23 Mei (Isnin) - hampir sebulan selepas mengenakan larangan pada 28 April - masih terdapat kemungkinan perubahan polisi memandangkan harga minyak sawit di pasaran domestik Indonesia masih belum turun ke tahap yang disasarkan (malah, penarikan balik larangan ini boleh mengakibatkan berulangnya kekurangan domestik di Indonesia)."
Memandangkan prospek jangka sederhana hingga panjang industri minyak sawit Malaysia kekal cerah, KPPK menyeru semua pengusaha kelapa sawit Malaysia untuk berganding bahu dalam membantu menjayakan kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan yang bertujuan menentang pelbagai tanggapan salah berkenaan minyak sawit Malaysia dalam memacu kejayaan komoditi ini di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Kementerian itu menambah tidak akan ada penurunan harga yang mendadak memandangkan pasaran menjangkakan bahawa larangan eksport ini hanya bersifat sementara. - Foto WWF Malaysia/Mazidi Abd Ghani
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka lepasi 19 juta tan tahun depan - Penganalisis
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka melepasi 19 juta tan pada 2025 sekiranya fenomena La Nina yang kuat melanda, kata seorang penganalisis.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman.
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.