awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia komited terajui sektor kewangan Islam

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
15/08/2016
10:43 MYT
Malaysia komited terajui sektor kewangan Islam
Datuk Muhammad Ibrahim: Kewangan Islam kini menjadi segmen utama dalam sistem kewangan negara. - Foto BERNAMA
Malaysia komited untuk berada di hadapan dalam sektor kewangan Islam dengan pengenalan Manual Tenaga Pengajar (MTP) mengenai Piawaian Syariah dan Keperluan Operasi: Murabahah.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim berkata manual tersebut juga mampu meningkatkan kualiti pendidikan kewangan Islam di negara ini.
Menurut Muhammad Ibrahim, kewangan Islam kini menjadi segmen utama dalam sistem kewangan negara.
Ia berikutan peningkatan integrasi dengan pasaran global yang mampu mengukuhkan jaringan perdagangan dan kewangan rentas sempadan.
Malah katanya Malaysia sudah mula menerbitkan sukuk dalam bentuk matawang pelbagai seperti Dolar Amerika, Dolar Singapura, Renminbi serta Yen.
“Daripada kurang daripada empat bank Islam dan takaful sebelum tahun 2000, kini terdapat 27 pemain yang menawarkan lebih 500 produk kewangan selain produk asas. Malaysia kini berada di barisan hadapan dalam perkembangan antarabangsa dengan peningkatan perhubungan antara pusat kewangan dan urus niaga kewangan Islam rentas sempadan.
“Hubungan ini membuka peluang yang lebih besar untuk memperkenalkan dan mengukuhkan kedudukan strategik perkhidmatan kewangan Islam di peringkat global di samping menyediakan peluang penyertaan oleh pemain tempatan sebagai pengatur utama untuk beberapa terbitan sukuk global,” katanya ketika berucap di pelancaran MTP di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia pada Isnin.
Manual ini bertujuan membantu tenaga pengajar menerapkan elemen praktikal pelaksanaan kontrak yang berkaitan dengan murabahah ke dalam sukatan pelajaran akademik semasa.
Tambah Muhammad Ibrahim, masa depan kewangan Islam amat bergantung kepada keharmonian dan pengiktirafan bersama pandangan syariah oleh masyarakat pelbagai kaum.
Selain itu, Bank Negara juga akan menubuhkan jawatankuasa khas dianggotai wakil dari industri dan ahli akademik dalam usaha mengukuhkan serta meningkatkan landskap pembangunan bakat dalam sektor kewangan Islam.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Datuk Muhammad Ibarahim
#kewangan Islam
#Murabahah
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan