awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kumpul hasil RM42 juta menerusi pameran perdagangan Jerman

Bernama
Bernama
19/08/2015
05:27 MYT
Malaysia kumpul hasil RM42 juta menerusi pameran perdagangan Jerman
Pada 2014, eksport global Malaysia bagi produk kasut meningkat 4.0 peratus kepada RM493.10 juta. - Gambar hiasan/myfest2015.com.my
Penyertaan Malaysia dalam pameran perdagangan 'Destination Global Shoes (GDS) and Tag It! International' Dusseldorf, Jerman baru-baru ini menyumbang jualan bernilai RM42 juta.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyelaraskan penyertaan 10 syarikat Malaysia dalam pameran itu yang turut melibatkan Sakura Malaysia Sdn Bhd, Holmen (M) Sdn Bhd dan Jimmy Couture Trend Sdn Bhd.
Pesuruhjaya Perdagangan Matrade ke Frankfurt, S. Jai Shankar berkata pembeli asing masih membuka ruang untuk mendapatkan sumber dari Malaysia memandangkan rangkaian produk yang ditawarkan oleh pengeksport Malaysia masih luas.
"Pembeli juga yakin terhadap jaminan kualiti produk Malaysia, selain komitmen daripada pengeluar Malaysia yang membuat penawaran yang fleksibel," katanya menerusi satu kenyataan.
"Penglibatan dalam pameran itu memperkukuh kehadiran industri kasut dan aksesori Malaysia dalam pasaran global, terutama di Eropah."
Pada 2014, eksport global Malaysia bagi produk kasut meningkat 4.0 peratus kepada RM493.10 juta.
Bagi separuh pertama 2015, eksport kasut meningkat 7.9 peratus kepada RM263.6 juta.
Topic Berkaitan
#GDS 2015
#Holmen
#Jimmy Couture Trend
#kasut
#Matrade
#produk Malaysia
#Sakura Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan