awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lokasi penting pelaburan Sweden, 97 projek setakat 2024 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
08/04/2025
02:30 MYT
Malaysia lokasi penting pelaburan Sweden, 97 projek setakat 2024 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (kanan) mengadakan pertemuan dengan Duta Besar baharu Sweden ke Malaysia, Niklas Wiberg. - Gambar X @tzafrul_aziz
KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan antara lokasi penting bagi pelaburan Sweden dengan mencatat sebanyak 97 projek perkilangan setakat 2024 yang bernilai RM7.77 bilion.
Ketika berkongsi pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelaburan itu juga telah mewujudkan sebanyak 5,982 peluang pekerjaan.
"Pada tahun lepas, nilai dagangan dua hala kita mencecah RM3.58 bilion, bukti kukuhnya kerjasama ekonomi Malaysia-Sweden," kata beliau dalam catatan terbaharunya di laman sosial X yang juga sebagai mengalu-alukan kehadiran Duta Besar baharu Sweden ke negara ini, Niklas Wiberg.
"Kita harap hubungan ekonomi Malaysia dan Sweden akan terus berkembang demi manfaat bersama," katanya.
Apakah persamaan Spotify , H&M , Ericsson , Volvo , dan IKEA ? Kesemuanya adalah syarikat Sweden yang beroperasi di Malaysia! Selamat datang TYT Niklas Wiberg, Duta baru Sweden ke Malaysia. Pada tahun lepas, nilai dagangan dua hala kita mencecah RM3.58 bilion, pic.twitter.com/3GY9mhEZ0U
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) April 7, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia-Sweden
#Tengku Zafrul
#pelaburan
#Niklas Wiberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan