awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia lonjak 15 anak tangga dalam Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia 2023

Bernama
Bernama
26/04/2023
09:59 MYT
Malaysia lonjak 15 anak tangga dalam Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia 2023
Malaysia kini berada di kedudukan ke-26, menjadi negara kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan negara ASEAN. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia melonjak 15 anak tangga dalam Indeks Prestasi Logistik (LPI) Bank Dunia 2023 untuk berada di kedudukan ke-26, menjadi negara kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan negara ASEAN.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata ia merupakan lonjakan ketara dari kedudukan ke-41 pada 2018 dan ke-32 pada 2016, dan kedudukan terbaik yang dicapai Malaysia ialah di tangga ke-25 dalam laporan LPI Bank Dunia 2014.
Laporan LPI edisi ketujuh 'Connecting to Compete' dikeluarkan selepas tiga tahun gangguan rantaian bekalan semasa pandemik Covid-19 dan ia merangkumi pandangan terkini mengenai prestasi logistik perdagangan di 139 negara.
Abdul Latif berkata laporan LPI adalah penanda aras untuk membantu negara mengenal pasti apa yang boleh dilakukan untuk penambahbaikan dalam logistik perdagangan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Prestasi Logistik
#Bank Dunia
#rantaian bekalan
#LPI
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan