BISNES
Malaysia muktamadkan rundingan FTA dengan Korea Selatan, dijangka ditandatangani pada Oktober depan
Tengku Zafrul berkata, perjanjian itu mencerminkan libat urus berterusan negara dengan rakan kongsi global untuk mendapatkan akses pasaran yang lebih luas. - Facebook Tengku Zafrul
SINGAPURA: Malaysia telah memuktamadkan rundingan untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Korea Selatan dan dijangka menandatangani perjanjian itu pada Oktober depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Bercakap pada sesi perbincangan tidak formal (fireside chat) di Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia, beliau berkata perjanjian itu mencerminkan libat urus berterusan negara dengan rakan kongsi global untuk mendapatkan akses pasaran yang lebih luas terutamanya dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat.
"Setakat ini, kami telah memuktamadkan 18 FTA...dua hala dan pelbagai hala. Kami telah menandatangani dua, tahun ini dan menyambung semula perbincangan dengan Kesatuan Eropah," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Fad'l Mohamed menjadi moderator sesi tersebut, ia adalah sebahagian daripada acara pada Persidangan Macquarie ASEAN.
Ditanya mengenai libat urus Malaysia dengan BRICS walaupun terdapat tekanan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Tengku Zafrul berkata penting bagi Malaysia untuk kekal konsisten dalam pendekatan dasar luarnya dan melibatkan semua negara secara sama rata.
"Kami adalah rakan kongsi ketika ini (rakan kongsi BRICS). Terdapat banyak negara lain yang sudah menjadi ahli,apa yang penting ialah semua negara ini juga ahli kepada blok ekonomi lain...justeru perkara ini akan berterusan," katanya.
Beliau turut menekankan penting bagi Malaysia untuk mengekalkan pendirian berkecuali.
"Malaysia tidak boleh menyokong mana-mana pihak. Saya berpendapat negara anggota ASEAN lain juga bersikap begitu, kita mengadakan libat urus dengan semua pihak," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul dalam ucaptamanya berkata peluang untuk negara anggota ASEAN tidak pudar sebaliknya berkembang di sebalik ketidaktentuan global ketika ini.
Beliau berkata cadangan nilai rantau ini yang berakar umbi dalam keterbukaan perdagangan, didorong oleh pembaharuan struktur dan dibentuk oleh kepimpinan semasa ASEAN, mencerminkan daya tahan blok tersebut yang telah berusaha keras untuk membinanya.
Tengku Zafrul turut menekankan cabaran dihadapi oleh Malaysia dan ASEAN termasuk cadangan pelaksanaan tarif 100 peratus ke atas cip semikonduktor yang diimport dan isu pemindahan penghantaran.
"Semua risiko dan angka ini mencerminkan mengapa kami terlibat secara aktif dengan Washington untuk memastikan pengecualian atau kelonggaran sektoral adalah jelas dan adil," tambahnya.
Mengenai mengurangkan risiko pemindahan penghantaran, Tengku Zafrul berkata Malaysia bekerjasama rapat dengan pemain industri untuk meningkatkan nilai tambah tempatan dan meminimumkan supaya ia tidak terjejas.
"Kami sedang menyusun rantaian bekalan secara terperinci, mempelbagaikan pasaran, mengukuhkan penguatkuasaan dan meningkatkan nilai tambah tempatan dalam pengeluaran," katanya.
-- BERNAMA