BUSINESS

Malaysia negara terbaik di dunia untuk pelaburan

Najib Aroff 10/07/2019 | 08:05 MYT
Malaysia telah diiktiraf di tempat pertama daripada 67 buah negara disebabkan daya tarikan yang merangkumi beberapa faktor utama. - Gambar BERNAMA
Malaysia dinobat sebagai negara terbaik di dunia untuk pelaburan dan menjalankan perniagaan bagi 2019, menurut CEOWORLD Magazine.
Malaysia diiktiraf tempat pertama daripada 67 buah negara disebabkan daya tarikan yang merangkumi beberapa faktor utama.
Antaranya seperti korupsi, kebebasan (peribadi, dagangan dan monetari), tenaga kerja berkepakaran, perlindungan pelabur, infrastruktur, cukai, kualiti hidup, kerenah birokrasi dan kesediaan teknologi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia jauh meninggalkan negara jiran Singapura yang menduduki tempat keenam manakala negara serantau lain seperti Indonesia menduduki tempat keempat, Filipina tempat ketiga dan Thailand tempat ke-10.
Sementara itu Qatar disenarai tempat terakhir susulan sekatan hubungan diplomatik bersama negara jirannya termasuk Arab Saudi.
Berikut senarai kedudukan dan skor :
Malaysia disenaraikan oleh majalah CEOWORLD sebagai negara terbaik untuk pelaburan.
#CEOWORLD Magazine #cukai #ekonomi #Filipina #Indonesia #investment #Korupsi #Malaysia best country to invest #Malaysia neara terbaik melabur #MIDA #pelaburan #perdagangan #Qatar #Singapura #Thailand