Malaysia harus mengkaji melarang larangan deposit atau simpanan Dolar Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Penganalisis Pasaran, ForexTime, Jameel Ahmad, langkah ini akan membantu meningkatkan permintaan bagi Ringgit lantas, meningkatkan nilai Ringgit.

Beliau berkata walaupun cara ini tidak popular, ia efektif bagi mengelakkan penyusutan Ringgit yang berterusan.

Beliau turut mencadangkan agar Bank Negara meningkatkan kadar faedah dalam berdepan Ringgit yang lemah dan tekanan inflasi yang berterusan.

"Kadar faedah yang tinggi boleh menarik pelabur asing. Ini akan menggalakkan aliran masuk dana.

"Peningkatan kadar faedah juga boleh meningkatkan nilai matawang yang seterusnya dapat mengurangkan kadar inflasi," kata Jameel.

Sementara itu, beliau berkata Ringgit kini dipengaruhi sentimen dan harga komoditi yang rendah.

"Pada pendapat saya antara faktor utama ialah sentimen pelabur. Jika anda mempunyai sentimen domestik yang rendah, ia akan mengurangkan minat pelabur terhadap pasaran saham dan nilai matawang.

“Selain faktor politik, Ringgit juga menyusut kerana harga komoditi yang lemah dan permintaan yang berterusan bagi Dolar AS.

“Terdapat banyak faktor tetapi faktor utamanya ialah keyakinan pelabur," kata Jameel.

Menurut laporan Bloomberg, Ringgit telah jatuh sekitar 19 peratus berbanding Dolar AS untuk sehingga Oktober 2015.

Sementara itu, Jameel berkata pertumbuhan ekonomi China yang lemah akan menjejaskan negara-negara yang ekonominya bergantung pada eksport ke China seperti Malaysia.

"Pertumbuhan KDNK China pada 6.9 peratus sangat bagus. Pengguna di China tidak risau. Mereka tidak akan risau sehingga ia mengurangkan potensi tempatan.

“Tetapi masalah dengan ini ialah penyusutan kadar KDNK China bukan masalah bagi China sahaja tetapi ia merupakan satu masalah bagi negara-negara yang bergantung pada eksport ke China,” kata Jameel.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China jatuh ke bawah sasaran kerajaan 7.0 peratus bagi suku ketiga 2015 pada kali pertama sejak 2009.