BISNES
Malaysia perlu lonjak daya saing susulan ketidaktentuan global - OECD
Malaysia perlu pertimbangkan pembaharuan tambahan untuk meningkatkan daya tahan negara berikutan ketidaktentuan global yang berterusan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menggesa Malaysia supaya melaksanakan langkah seterusnya untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan memperkukuh daya tahan.
Bercakap pada persidangan maya mengenai Tinjauan Ekonomi OECD pada Rabu, Ketua Bahagian Asia Tenggara organisasi itu, Jens Arnold berkata Malaysia perlu mempertimbangkan pembaharuan tambahan untuk meningkatkan daya tahan negara berikutan ketidaktentuan global yang berterusan.
Baru-baru ini, media melaporkan Amerika Syarikat (AS) telah mencadangkan perkara yang dipanggil "cukai balas dendam" -- satu inisiatif tindakan balas yang bertujuan menentang perkara yang dilihat sebagai amalan cukai tidak adil yang dilaksanakan oleh negara lain.
Cadangan itu akan digunakan ke atas pendapatan pasif yang diperoleh daripada pelaburan AS dan keuntungan yang dijana oleh syarikat yang beroperasi di negara itu.
Langkah itu secara khusus menyasarkan entiti milik asing, termasuk kerajaan, syarikat dan yayasan persendirian, yang berpotensi menjejaskan spektrum kalangan pihak berkepentingan antarabangsa yang luas.
Arnold berkata penambahbaikan di Malaysia boleh termasuk mengurangkan baki sekatan ke atas pelaburan langsung asing (FDI) dan memastikan persaingan yang lebih seimbang antara perusahaan milik negara, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta.
"Malaysia mempunyai beberapa skop sokongan dari segi monetari. Inflasi adalah rendah dan telah dikawal dengan baik namun, lebih daripada itu penting juga mempertimbangkan dasar struktur yang boleh memperkasakan daya saing ekonomi pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata tindakan untuk mengatasi cabaran pasaran buruh adalah penting, terutama melibatkan ketidakpadanan kemahiran, melalui peningkatan pelaburan dalam pendidikan yang bertujuan melengkapkan tenaga kerja dengan lebih baik bagi menghadapi gangguan masa depan.
"Semua ini merupakan langkah penting untuk menjadikan ekonomi ini lebih berdaya tahan dan mampu menahan kejutan yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi OECD Alvaro Pereira berkata ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2025 ekoran prestasi eksport yang dijangka lebih rendah.
Beliau berkata walaupun Malaysia mencatatkan prestasi eksport yang kukuh pada 2024 namun ketidaktentuan global yang berterusan mungkin menjejaskan perdagangan tahun ini.
Inflasi Malaysia pada 1.8 peratus tahun lepas dan dijangka meningkat sederhana kepada 2.2 peratus pada 2025, sebelum naik kepada 2.7 peratus pada 2026, katanya.
"Pada masa ini, pasaran buruh Malaysia amat kukuh dan dijangka menyokong penggunaan swasta pada masa hadapan. Pengangguran berada pada paras terendah dalam tempoh 10 tahun, manakala penyertaan tenaga buruh terus meningkat dengan stabil," katanya.
Pereira berkata pendirian dasar monetari semasa secara amnya neutral dan dijangka kekal sedemikian walaupun terdapat sedikit ruang untuk pelonggaran dasar sekiranya pertumbuhan menjadi lemah.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan pihak berkuasa monetari supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan tekanan harga, terutama daripada pasaran buruh yang tidak seimbang, serta kenaikan gaji minimum dan gaji kakitangan awam.
Tinjauan Asia Tenggara
Arnold berkata pada 2024, lima negara utama Asia Tenggara -- Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam -- berkembang pada purata wajaran lima peratus, kadar yang jauh lebih kukuh daripada atau setanding dengan pertumbuhan di kawasan OECD (Eropah, Amerika dan Asia-Pasifik), serta di China.
Beliau berkata bagaimanapun, OECD menjangkakan persekitaran pertumbuhan lebih mencabar bagi rantau ini pada 2025.
"Hal yang jelas adalah tarif dan ketidaktentuan dasar yang kita lihat sekarang berkemungkinan menjejaskan perdagangan dan pelaburan, yang akan mempengaruhi pertumbuhan keseluruhan.
"Beberapa indeks pengurus pembelian terbaru sudah menunjukkan tanda-tanda awal aktiviti yang lembap," katanya.
Beliau berkata tindakan membuka pasaran kepada persaingan yang lebih sengit boleh meningkatkan produktiviti dengan ketara.
"Sebagai contoh, dasar kawal selia -- terutama yang berkaitan dengan pelesenan dan beban pentadbiran bagi peserta baharu, termasuk peserta asing -- sering berperanan penting dalam perkara ini.
"Lima negara Asia Tenggara ini kekal melaksanakan dasar yang lebih ketat berbanding kebanyakan negara lain. Jadi, mengurangkan sekatan terhadap FDI dan perkhidmatan akan menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan daya saing pengeluar domestik," katanya.
-- BERNAMA