awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS

Bernama
Bernama
15/01/2025
21:15 MYT
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Mohamed Iqbal berkata kebergantungan sumber perdagangan tunggal akan menghadkan potensi ke arah globalisasi, sedangkan dari segi sejarahnya menunjukkan bahawa Malaysia sudah lama terdedah kepada perdagangan global. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu sentiasa mencari peluang baharu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan luarnya bagi mengurangkan kesan daripada halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).
Timbalan pengerusi KSI Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther berkata Malaysia perlu mempelbagaikan rakan dagangannya dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonomi negara.
Menurutnya, kebergantungan tersebut akan menghadkan potensi ke arah globalisasi, sedangkan dari segi sejarahnya menunjukkan bahawa Malaysia sudah lama terdedah kepada perdagangan global.
"Kita adalah negara perdagangan. Walaupun apa yang dikatakan oleh Amerika Syarikat (AS) dari segi tarif dan sekatan lain, Malaysia bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada ASEAN dan tahun ini, Malaysia mempunyai kelebihan selaku Pengerusi ASEAN.
"Jadi, perdagangan serantau dan perkongsianperdagangan yang sudah dijalin sejak sekian lama perlu diperkukuhkan, ini akan menjadi kelebihan yang berterusan," katanya pada program The Nation, Bernama TV semalam.
Mengenai potensi kesan daripada dasar perdagangan AS, Mohamed Iqbal berkata Malaysia perlu sentiasa peka dengan perkembangan yang sedang berlaku dan menyatakan "Kita tidak boleh mengabaikannya begitu sahaja".
Beliau berkata dalam konteks ini Malaysia harus mengekalkan pendirian neutral.
Menurutnya, Malaysia berusaha untuk mengelak sebarang pembabitan langsung dalam isu tersebut, namun menyedari akan kesannya ke atas rantau lain, termasuk Eropah dan Asia Barat.
Mohamed Iqbal berkata perang perdagangan, aliran anti-globalisasi dan penempatan semula industri, khususnya dari Eropah ke negara-negara seperti China, memberi kesan global yang ketara.
"Ini adalah sesuatu yang kita perlu pantau dengan berhati-hati pada 2025.
"Dengan perubahan yang sedang berlaku di peringkat global, pelbagai dasar ekonomi semakin menjadi dasar yang bersifat perlindungan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdagangan global
#Mohamed Iqbal Rawther
#Amerika Syarikat
#ekonomi negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan