BISNES
Malaysia raih AS$759 juta daripada pelaburan AI, dorong pertumbuhan lebih 60 syarikat pemula
Malaysia turut terajui lonjakan pelaburan infrastruktur AI di Asia Tenggara, susulan kedudukan rantau ini sebagai tumpuan global dalam pembangunannya. - Reuters
KUALA LUMPUR: Kemunculan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) menjadi pemangkin baharu bagi Malaysia, dengan menarik pembiayaan berjumlah AS$759 juta dan menyokong lebih 60 syarikat pemula AI tempatan dari separuh kedua 2024 (2H 2024) hingga separuh pertama 2025.
"Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh bukan sahaja pada masa ini tetapi juga untuk masa depan. (Negara ini mempunyai) pelaburan infrastruktur yang mantap dan ekosistem syarikat pemula AI yang berjaya menarik tahap pembiayaan yang tinggi," kata Pengarah Urusan Google Malaysia dan Singapura Ben King dalam satu pembentangan di sini hari ini.
King berkata Malaysia turut menerajui lonjakan pelaburan infrastruktur AI di Asia Tenggara, susulan kedudukan rantau ini sebagai tumpuan global dalam pembangunan sedemikian, dengan unjuran peningkatan kapasiti tambahan sekitar 350 peratus.
Beliau berkata peningkatan aliran modal itu membawa prospek positif kepada ekonomi secara keseluruhan dan ekonomi digital Malaysia, selain menunjukkan trend sebahagian aliran tersebut beralih dari Singapura berikutan kekangan kapasiti negara itu.
"Malaysia berada pada kedudukan yang baik, disokong dasar kerajaan yang pro-teknologi dan pro-inovasi.
"Google melihat potensi besar negara ini. Tahun lalu kami membuat komitmen signifikan di Malaysia dan kami berharap pelaburan ini akan memacu fasa seterusnya perkhidmatan awan berasaskan AI di negara ini," katanya.
Mengulas mengenai peluang pekerjaan dalam pasaran berteraskan AI serta kebimbangan terhadap penggantian tenaga kerja oleh teknologi itu, King berkata pekerja tidak akan kehilangan pekerjaan kepada AI, sebaliknya kepada individu lain yang lebih mahir menggunakan AI.
Sehubungan itu, beliau berkata agenda penting ketika ini adalah usaha meningkatkan kemahiran dan memastikan rakyat mempunyai alat yang sesuai untuk menguasai AI.
"Di Asia Tenggara, kami komited melatih 5.5 juta lagi individu dalam set kemahiran khusus AI. Ia merupakan pelaburan besar bagi kami dan akan terus dipertingkatkan.
"Pekerjaan baharu akan diwujudkan, (maka persoalannya ialah) bagaimana kita membekalkan alat yang betul kepada rakyat untuk merebut peluang itu? Bagaimana mereka memperkukuh kemahiran dalam pekerjaan semasa untuk menjamin kelangsungan kerjaya?" kata beliau.
Beliau berkata melatih tenaga kerja hari ini, industri juga perlu memberi tumpuan kepada tenaga kerja masa depan dari segi pendidikan serta jenis kemahiran yang diperlukan untuk berkembang dalam era ini.
-- BERNAMA