SAN FRANCISCO: Firma Ferrotec (USA) Corporation telah menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu bernilai lebih RM500 juta di Malaysia bagi membuka kemudahan pembuatan pertamanya di Asia Tenggara.
Pembinaan yang dijangka bermula dalam masa beberapa minggu lagi, merangkumi kawasan seluas 8.13 hektar dengan kilang bersaiz 800,000 kaki persegi (74,322.43 meter persegi) di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat global yang juga pembekal bahan komponen, sistem ketepatan dan peneraju fabrikasi bahan kuarza bagi industri semikonduktor di serata dunia, juga komited untuk mewujudkan sejumlah 250-500 pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Mereka juga memberi komitmen untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dalam membina rantaian bekalan dan ekosistem industri semikonduktor.
"Ini merupakan satu perkembangan yang cukup positif di mana syarikat tersebut bukan sahaja mahu membawa pelaburan ke Malaysia, tetapi (pada masa sama) ingin melihat Malaysia terus berkembang maju dalam teknologi-teknologi baharu dengan melibatkan syarikat-syarikat tempatan khususnya PKS," katanya.
Beliau yang kini dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) selama 10 hari di Amerika Syarikat (AS) sejak 8 Mei lepas, berkata demikian kepada Bernama dan stesen TV3 selepas mengadakan mesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrotec, Eiji Miyanaga di sini, hari ini.
Azmin juga mencadangkan supaya Ferrotec melatih pekerja Malaysia, khususnya di kemudahan berpengkalan di AS atau Jepun dengan melibatkan penuntut atau warga Malaysia berstatus profesional yang menetap di dua negara tersebut.
Selain daripada Ferrotec, beliau turut bertemu dengan Marco Miller yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama syarikat peneraju penjejak solar, Nextracker Inc.
Menurutnya, Nextracker akan berusaha meningkatkan produk-produk dari Malaysia untuk menembusi pasaran AS serta di seluruh dunia.
Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas pertemuan dengan Azmin, Miyanaga berkata, syarikat itu mempunyai kira-kira 40 kilang di peringkat global dan kemudahan di Malaysia adalah platform pembuatan terbesarnya di luar Jepun, China serta AS.
"Kami memilih Malaysia kerana Asia Tenggara, termasuk Malaysia telah menjadi kawasan tumpuan utama bagi rantaian bekalan industri dan ini mendorong kami untuk melabur di rantau tersebut," katanya.
Mengulas aspek penggajian, beliau berkata, syarikat turut menyasarkan untuk mengambil khidmat 250-500 orang pekerja tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan matlamat untuk membolehkan kemudahan itu dikendali serta diurus oleh rakyat negara ini.
"Syarikat mahu melabur dalam aspek tenaga kerja. Kami maklum usaha (proses) itu akan memakan masa dan bagi peringkat awal, kami akan membawa masuk pegawai dagang untuk jangka masa pendek bagi tujuan pemindahan teknologi serta melatih rakyat tempatan," katanya.
Dalam pada itu, Miller berkata, syarikat Nextracker kini menjalankan perniagaan bernilai US$100 juta dengan dua syarikat Malaysia dan berhasrat mengembangkan usaha tersebut dalam beberapa tahun akan datang, termasuk menjadikan Malaysia sebagai rakan pembuatan utamanya.
"Kami memilih Malaysia kerana lokasi geografinya serta mempunyai barisan pekerja berkemahiran tinggi dalam menghasilkan produk syarikat ini yang berteknologi tinggi," katanya.
Menurutnya, Nextracker juga menyasarkan rakan niaga di Malaysia akan melipatgandakan jumlah pekerjanya daripada 400 orang pada masa ini dalam usaha menampung pengembangan perniagaan terbabit. - BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrotec, Eiji Miyanaga dalam pertemuan yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat. - Gambar Instagram AZMIN ALI

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Malaysia raih pelaburan baharu Ferrotec bernilai lebih RM500 juta - Azmin Ali
Ferrotec juga komited untuk mewujudkan 250-500 pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

Nilai aset bersih Khazanah meningkat kepada RM86 bilion pada 2021
Bagi tahun 2021, Khazanah telah mengisytiharkan dividend berjumlah RM2 bilion kepada kerajaan.

Ekspo 2020 Dubai: Manifestasi komitmen kerajaan rancakkan semula ekonomi - Annuar
Penglibatan negara dapat membuka peluang pelaburan baharu, seterusnya membantu ekonomi, khususnya dari segi ekonomi digital.