BISNES
Malaysia raih pelaburan BRICS RM8.54 bilion pada suku pertama 2025 - MITI
Malaysia sebelum ini telah menjalin hubungan perdagangan dan pelaburan yang kukuh dengan negara-negara anggota BRICS, khususnya China dan India. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia terus meraih minat dan keyakinan pelabur negara-negara perkumpulan BRICS dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM8.54 bilion bagi tempoh suku pertama 2025.
Ringkasan AI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata data berdasarkan sumber muktamad menunjukkan pelaburan itu kebanyakannya disumbangkan oleh China, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM8.23 bilion atau 96.37 peratus merupakan pelaburan dalam sektor perkilangan manakala RM0.27 bilion atau 3.63 peratus adalah pelaburan dalam sektor perkhidmatan.
"Pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga Mac 2025 ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 3,990 dalam sektor perkilangan dan 2,837 bagi sektor perkhidmatan," katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai jumlah sebenar pulangan pelaburan antarabangsa ke dalam negara selepas Malaysia menyertai blok BRICS pada awal 2025.
MITI juga menyifatkan pelaburan itu turut memperkukuh keyakinan pelabur terhadap Malaysia selain menunjukkan potensi besar dalam sektor strategik seperti teknologi hijau, ekonomi digital dan infrastruktur.
"Penyertaan Malaysia dalam BRICS turut memberi nilai tambah dari segi pengiktirafan terhadap peranan kita sebagai negara progresif dan berprinsip.
"Ini membuka pintu kepada pasaran baharu, memperkukuh interaksi dengan kuasa ekonomi utama di selatan global serta mengangkat pendirian Malaysia dalam memperjuangkan sistem kewangan dan perdagangan global lebih adil dan seimbang," katanya.
MITI berkata walaupun data dibentangkan itu berasaskan sumber muktamad dan bukan sumber rasmi, ini tetap dilihat sebagai petanda positif bahawa status Malaysia sebagai negara rakan BRICS akan membawa manfaat ekonomi yang signifikan, khususnya dalam bentuk pelaburan baharu, penciptaan pekerjaan dan sokongan terhadap pertumbuhan jangka panjang.
Malaysia sebelum ini telah menjalin hubungan perdagangan dan pelaburan yang kukuh dengan negara-negara anggota BRICS, khususnya China dan India, sebelum diterima secara rasmi sebagai negara rakan blok itu pada awal 2025.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia menerima pelaburan berjumlah RM8.54 bilion daripada negara-negara BRICS pada suku pertama 2025, dengan majoriti disumbangkan oleh China, India, UAE dan Afrika Selatan.
- Sebanyak 96.37% pelaburan adalah dalam sektor perkilangan, dijangka mewujudkan lebih 6,800 peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
- Penyertaan Malaysia dalam BRICS memperkukuh keyakinan pelabur dan membuka peluang pasaran baharu dalam bidang strategik seperti teknologi hijau, ekonomi digital dan infrastruktur.