KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya menarik lebih RM7.2 bilion pelaburan pada separuh pertama 2022, selain pelaburan RM10.94 bilion pada 2021, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM18.14 bilion.
Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata pelaburan itu terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.
"Pencapaian berkenaan telah membuktikan negara kita berada pada kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)," katanya pada sidang media di Putrajaya yang turut disiarkan secara maya hari ini.
Pelaburan digital itu diperoleh daripada 53 syarikat yang berkembang pesat dan terkemuka dalam industri dari pelbagai negara termasuk Australia, China, Jepun, Singapura, Switzerland, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata usaha untuk menarik pelabur adalah sebahagian daripada usaha nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital di ASEAN serta membantu mempercepat pemulihan ekonomi berikutan kesan pandemik COVID-19.
"Pelaburan digital amat penting dalam proses pemulihan ekonomi kerana ia akan mewujudkan pekerjaan berpengetahuan tinggi dan membantu mempercepat inovasi serta adaptasi teknologi dalam Revolusi Perindustrian Keempat, seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital serta mengukuhkan kedudukan Malaysia untuk menjadi sebuah negara digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Tan Sri Annuar Musa berkata pelaburan itu terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan. - Foto BERNAMA
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Pengumuman pelaburan besar digital di Malaysia dalam masa terdekat - Rafizi
Pengumuman itu perlu dijadikan pemangkin untuk mempercepatkan segala perancangan dalam rangka tindakan ekonomi digital negara
MDEC sasar pelaburan digital RM49 bilion menjelang 2025
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan pelaburan digital bernilai RM49 bilion menjelang 2025 sekali gus mewujudkan 49,000 peluang pekerjaan.
Malaysia raih pelaburan digital RM7.2 bilion pada separuh pertama 2022 - Annuar
Pelaburan itu terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.
ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.