awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia raih pelaburan diluluskan RM190.3 bilion separuh pertama 2025, naik 18.7 peratus tahun ke tahun

Bernama
Bernama
22/08/2025
08:15 MYT
Malaysia raih pelaburan diluluskan RM190.3 bilion separuh pertama 2025, naik 18.7 peratus tahun ke tahun
Tengku Zafrul berkata pertumbuhan pelaburan yang diluluskan ini memaparkan kepercayaan berterusan pelabur asing dan domestik terhadap dasar Malaysia yang jelas dan agenda pembaharuan industri jangka panjang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata pertumbuhan pelaburan yang diluluskan ini memaparkan kepercayaan berterusan pelabur asing dan domestik terhadap dasar Malaysia yang jelas dan agenda pembaharuan industri jangka panjang.
"Ini telah menyumbang kepada asas ekonomi Malaysia yang kukuh, yang bertahan dalam keadaan persekitaran global yang mencabar.
"Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MIDA sedang bekerjasama rapat dengan kementerian serta agensi berkaitan bagi memastikan komitmen pelaburan ini dilaksanakan dengan pantas untuk memberikan hasil yang bermakna," katanya dalam kenyataan hari ini.
MIDA berkata sebanyak 3,011 projek melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dijangka menjana 89,294 pekerjaan baharu, yang menyerlahkan keupayaan negara untuk menterjemahkan komitmen pelaburan kepada impak ekonomi yang nyata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi malaysia
#Tengku Zafrul
#pelaburan diluluskan
#MIDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan