Menyedari pentingnya perkilangan pintar atau teknologi Industri 4.0, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia kini agresif memanfaatkan kehadiran pelabur Jerman di Malaysia yang sudahpun mempunyai asas yang kukuh dan keupayaan dalam bidang terbabit.
Jerman mempelopori konsep Industri 4.0 di Eropah, dan menetapkan standard baharu, kata Menteri berkenaan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sesi dialog bersama ahli Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC), yang berlangsung pada Isnin.
"Pelaburan Jerman dalam sektor pembuatan di negara ini kukuh dalam sektor elektrik dan elektronik, produk petroleum termasuk petrokimia, bahan kimia serta perkakasan saintifik dan pengukuran," kata Mustapa dalam satu kenyataan.
Kemasukan berterusan pelaburan berkualiti dari Jerman ke Malaysia, termasuk yang melibatkan teknologi terkini dan aktiviti bernilai tambah yang tinggi, mencerminkan daya saing Malaysia dalam perniagaan global.
"Kami menghargai kepercayaan dan keyakinan syarikat-syarikat ini dalam persekitaran perniagaan kita walaupun dalam tempoh yang mencabar dalam ekonomi global ketika ini," kata Mustapa.
Walaupun syarikat multinasional Jerman sudah mantap di negara ini, masih banyak peluang perniagaan yang tersedia untuk syarikat dari negara itu dalam pelbagai sektor, katanya.
Sebagai contoh, penggunaan pembuatan bahan tambahan yang kini digalakkan, terutama bagi automotif, aeroangkasa, barangan elektronik pengguna dan peranti perubatan/pergigian.
Peluang juga terbuka dalam perkhidmatan dalam pembuatan seperti perkhidmatan data perindustrian, perkhidmatan berasaskan awan dan perkhidmatan keselamatan siber.
"Kami juga menggalakkan lebih ramai penggiat tempatan untuk bekerjasama dengan pembekal teknologi dan pakar Jerman yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri tempatan ke arah ekosistem mampan di negara ini," kata Mustapa.
Untuk 2016, MIDA meluluskan 21 projek pembuatan dengan penyertaan Jerman bernilai RM2.65 bilion.
Pelaburan ini dijangka menyediakan kira-kira 3,250 peluang pekerjaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud berkata selari dengan usaha negara untuk menerajui penggunaan pembuatan pintar dan industri 4.0, MIDA berjaya membangunkan program latihan amali, 'Jurutera Malaysia - Buatan Jerman'.
Inisiatif ini memanfaatkan jumlah besar penuntut Malaysia di Jerman, dan bermatlamat untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada mahasiswa dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang teknologi maju.
Setakat ini, 18 syarikat Jerman seperti B.Braun, SGL Carbon, BMW, Infineon, Muehlbauer dan Schmidt & Clemens mengambil bahagian dalam program ini dengan menawarkan latihan tahunan untuk penuntut Malaysia dalam kemudahan pengeluaran mereka di seluruh Jerman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017

MUSTAPA: Masih banyak peluang perniagaan yang tersedia untuk syarikat dari Jerman dalam pelbagai sektor.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.