Malaysia sasar defisit fiskal 3 peratus pada 2020

Astro Awani
Oktober 18, 2018 08:47 MYT
DR MAHATHIR: Antara langkah proaktif yang telah berjaya diambil adalah menangguhkan pelaksanaan Kerata Api Berkelajuan Tinggi (HSR).
Kerajaan mensasarkan defisit fiskal sebanyak tiga peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2020, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, kerajaan yakin kedudukan fiskal akan dapat dipulihkan pada akhir tahun 2020.
"Antara langkah proaktif yang telah berjaya diambil adalah menangguhkan pelaksanaan Kerata Api Berkelajuan Tinggi (HSR).
"Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan pengurangan perbelanjaan awam tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi," Dr Mahathir dalam ucapan pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), di Dewan Rakyat, hari ini.
Malaysia dan Singapura sebelum ini telah bersetuju untuk menangguhkan projek HSR sehingga 31 Mei 2020.
BACA: Malaysia, Singapura setuju tangguh projek HSR hingga Mei 2020
BACA: Projek HSR sah ditangguh
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan kos penangguhan projek akan melibatkan pembayaran S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura.
Katanya, pembayaran pampasan berkenaan hanya akan dikenakan jika Malaysia gagal melaksanakan projek HSR selepas tamat tempoh penangguhan.
Tambahnya, dalam tempoh penangguhan itu, Malaysia dan Singapura meneruskan perbincangan termasuk mengambil langkah mengurangkan kos projek.
#defisit fiskal #Kajian Separuh Penggal #KDNK #Keluaran Dalam Negara Kasar #Kerata Api Berkelajuan Tinggi #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #Rancangan Malaysia #RMK11