KUALA LUMPUR: Malaysia yakin dapat meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia merancang untuk memanfaatkan jumlah pengunjung yang besar yang dijangkakan sebanyak 28.2 juta pelawat.
Pada 2021, Malaysia mencatatkan perdagangan dan pelaburan bernilai RM8.3 bilion di Ekspo Dunia Dubai, menarik 5,000 pemimpin perniagaan ke pavilionnya yang mengetengahkan 400 syarikat Malaysia, katanya.
"MITI berbangga dan bertuah untuk menerajui penyertaan Malaysia di ekspo itu.
"Ini memberi peluang unik kepada Malaysia untuk mempamerkan komitmen kita yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan mampan, reformasi perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif di samping memupuk masyarakat yang makmur," katanya semasa melancarkan penyertaan Malaysia bagi ekspo itu di sini, pada Khamis.
Tengku Zafrul berkata Malaysia memilih tema 'Weaving a Future in Harmony' untuk mencerminkan komitmen negara terhadap kerjasama, perpaduan dalam kepelbagaian dan kesalinghubungan masyarakat.
Pavilion Malaysia akan mengetengahkan kemajuan dalam pertanian mampan, peralihan tenaga, kehidupan pintar, pembuatan canggih, pengurusan alam sekitar dan pelancongan hijau, katanya.
"Kita mahu menunjukkan cara Malaysia menangani cabaran global secara inovatif untuk menyumbang kepada kesejahteraan bumi ini dan memupuk masa depan yang mampan, harmoni dan saksama untuk semua," katanya.
Semasa ekspo dari 13 April hingga 13 Oktober, 2025 itu, satu siri minggu bertema di tapak, pameran dan dialog akan dianjurkan di pavilion Malaysia untuk menjadi pemangkin kepada perubahan positif.
"Kita berusaha untuk menempa perkongsian ke arah dunia yang lebih mampan dan saksama, disokong oleh dasar utama seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Rangka Kerja Industri ESG Nasional," katanya.
Sebanyak 161 negara dan sembilan pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Majlis Peluncuran Penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka di Menara Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri hari ini. - Foto Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.
Lawatan PM ke luar negara jana potensi pelaburan RM431.18 bilion
Dr Zaliha Mustafa berkata ia merangkumi RM253.6 bilion pada 2023 dan RM77.58 bilion dari Januari hingga Mei tahun ini.
Malaysia sasar pelaburan dan eksport RM13 bilion pada Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Malaysia yakin dapat meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Lawatan ke Jepun berjaya, tarik potensi pelaburan RM6.56 bilion - PM Anwar
Lawatan Perdana Menteri ke Jepun dianggap berjaya dan menggalakkan apabila nilai potensi pelaburan yang dibawa pulang berjumlah RM6.56 bilion.
MITI memudah cara kemasukan pelaburan pastikan projek bernilai tinggi dapat direalisasikan
MITI akan terus memberikan sokongan sepenuhnya dalam memudah cara kemasukan pelaburan untuk memastikan projek-projek dengan potensi bernilai tinggi dapat direalisasikan.
Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.
Misi perdagangan ke Korea Selatan, Jepun jana potensi pelaburan RM16.05 bilion - MITI
Syarikat-syarikat di Korea Selatan telah komited untuk melabur sejumlah RM7.3 bilion di Malaysia dalam masa terdekat.