BISNES
Malaysia sasar pertingkat rantaian nilai E&E - Amir Hamzah
Strategi Malaysia yang seterusnya untuk industri E&E serta semikonduktor adalah untuk mempertingkatkan rantaian nilainya di tengah-tengah cabaran perdagangan global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - Gambar fail/BERNAMA
Strategi Malaysia yang seterusnya untuk industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor adalah untuk mempertingkatkan rantaian nilainya di tengah-tengah cabaran perdagangan global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Ringkasan AI
Beliau berkata peranan kerajaan dalam hal ini adalah untuk menyediakan modal dan sokongan sepanjang perjalanan untuk industri itu, termasuk dari segi memperkukuh infrastruktur negara bagi menyokong perniagaan.
"Apa yang kita cuba lakukan adalah untuk memperkukuh ekosistem yang sedia ada supaya semakin banyak pemain yang kita ada, semakin banyak kerja yang dibina di sekitarnya untuk membekalkan kepada ekosistem itu.
"Jadi usaha Malaysia yang seterusnya sekarang ialah kita mahu meningkatkan rantaian nilai dengan lebih banyak lagi, termasuk pembungkusan canggih dan reka bentuk cip," katanya semasa sesi panel di Fortunate Innovation Forum hari ini.
Menurut Amir Hamzah, Malaysia berperanan sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan global, mengekalkan keseimbangan antara pasaran Barat dan Timur dengan membekalkan barangan perantaraan yang diperlukan oleh kedua-dua pihak untuk menyokong pertumbuhan industri mereka.
"Cadangan kami kepada kedua-dua pihak itu ialah kami merupakan elemen penting dalam rantaian bekalan global anda (dan) kami ingin terus memainkan peranan itu kerana kami ialah rakan kongsi yang boleh dipercayai.
"Apa yang kami lakukan adalah untuk kami kekal di tengah-tengah tetapi berkembang sedikit lagi, (dan) apabila kami melakukan lebih banyak dan memperkukuh rantaian nilai, ekonomi berupaya untuk dikekalkan pada masa hadapan," katanya.
Sehubungan itu, Amir Hamzah menekankan bahawa kekuatan ekonomi Malaysia berasaskan kepelbagaian yang mendalam dan pasaran eksport yang bersepadu dengan baik, seperti yang ditunjukkan melalui pertumbuhan 5.2 peratus pada suku ketiga 2025.
"Ekonomi Malaysia mempunyai kepelbagaian yang sangat mendalam; tiada pasaran eksport yang melebihi 13 peratus, jadi ia meliputi pelbagai pasaran dan asas ekonomi juga bersepadu dengan baik.
"Itu telah membantu kami untuk menangani cabaran yang kita hadapi pada hari ini dalam dunia yang sentiasa berubah," tambahnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia fokus untuk mempertingkatkan rantaian nilai industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor di tengah cabaran perdagangan global.
- Kerajaan menyediakan modal dan sokongan untuk memperkukuh infrastruktur negara bagi menyokong perniagaan industri tersebut.
- Malaysia berperanan sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan global dengan mengekalkan keseimbangan antara pasaran Barat dan Timur, serta menekankan kepelbagaian ekonomi sebagai kekuatan utama negara.