BISNES
Malaysia sedang giat berunding dengan AS, sasar tarif bawah 20 peratus - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, pengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat sebaik sahaja semua terma dimuktamadkan. - Gambar fail
PETALING JAYA: Malaysia sedang giat berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif 25 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dengan sasaran untuk mengurangkannya di bawah paras 20 peratus.
Ringkasan AI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pengumuman berhubung perkara itu dijangka dibuat sebaik sahaja semua terma dimuktamadkan.
"Perbincangan sedang berjalan. Malah, rundingan diteruskan minggu ini, jadi kita masih berada di landasan untuk mencapai tarikh akhir itu. Sebaik terma dipersetujui, saya percaya pengumuman akan dibuat," katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025.
Mengenai kemungkinan lanjutan tarikh akhir, Tengku Zafrul berkata ia bergantung kepada pentadbiran Presiden AS Donald Trump, sambil menambah tiada sebarang rundingan rasmi mengenai lanjutan diadakan setakat ini.
"Setiap negara berdepan cabaran berbeza berkaitan dengan perkara yang boleh kita tawarkan. Kita tidak boleh menawarkan perkara yang kita tidak ada atau perkara yang kita rasa mungkin boleh memudaratkan industri Malaysia. Ini adalah faktor yang perlu kita pertimbangkan dengan teliti," katanya.
Bagaimanapun Tengku Zafrul enggan mendedahkan kompromi yang ditawarkan Malaysia dalam perbincangan perdagangan yang sedang berjalan dengan AS.
Dilaporkan bahawa halangan bukan tarif menjadi tumpuan utama perbincangan yang menyentuh beberapa isu seperti pensijilan halal dan perolehan kerajaan yang berkait rapat dengan kepentingan negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia sedang berunding dengan Amerika Syarikat untuk mengurangkan tarif 25 peratus yang dijadual berkuat kuasa 1 Ogos, dengan sasaran menurunkannya di bawah 20 peratus, bergantung kepada persetujuan terma akhir.
- Menteri MITI Tengku Zafrul menyatakan rundingan masih berjalan dan enggan mendedahkan kompromi yang ditawarkan Malaysia, sambil menegaskan kepentingan melindungi industri tempatan dalam perbincangan tersebut.
- Halangan bukan tarif seperti pensijilan halal dan perolehan kerajaan turut menjadi fokus rundingan, kerana ia berkait rapat dengan kepentingan negara dan akses pasaran ke AS.