PUTRAJAYA: Malaysia secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan cukai minimum global sebanyak 15 peratus kepada sesetengah syarikat multinasional, said Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi.
Beliau berkata Malaysia adalah antara 136 negara yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebelum ini sebagai negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa itu.
Mohd Nizom berkata reformasi sistem percukaian antarabangsa itu dijangka dilaksanakan pada 2023 secara global dan Malaysia akan mematuhi ketetetapan yang diputuskan di peringkat OECD.
"Malaysia memang melibatkan diri secara aktif dalam the working group discussions untuk memastikan kepentingan negara dan ekonomi membangun seperti Malaysia tidak ketinggalan dalam penentuan dasar cukai oleh OECD," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Polisi Cukai Malaysia ke-3, di sini hari ini.
Mohd Nizom berkata pelaksanaan sistem cukai itu adalah untuk memastikan entiti perniagaan membayar cukai secara adil di negara hos dan mengelak kebocoran cukai.
Bagi memastikan firma multinasional membayar cukai yang sewajarnya, LHDN akan membangunkan strategi komprehensif untuk menangani risiko pematuhan cukai antarabangsa selain menggesa firma multinasional untuk lebih telus, katanya.
Katanya LHDN juga sedang memantau syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia dan syarikat tempatan yang beroperasi di luar negara bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen pemindahan harga.
"Di bawah Cawangan Cukai Multinasional LHDN, hampir 3,000 syarikat multinasional dalam pemantauan LHDN. Bagi syarikat tempatan tidak banyak...bukan semua wujud elemen pemindahan harga itu tapi kita pantau secara rapi.
"Kebanyakan syarikat antarabangsa membabitkan perniagaan rentas sempadan tetapi bagi syarikat dalam negara, jika berlaku pemindahan harga ia (berlaku) antara kumpulan dalam syarikat itu (jika) ia menikmati cuti percukaian atau insentif percukaian apabila kadar cukai adalah rendah," katanya.
Harga pemindahan merupakan harga yang ditentukan untuk urus niaga yang berlaku antara dua atau lebih entiti berkaitan dalam organisasi pelbagai syarikat.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohd Nizom berkata kadar 15 peratus cukai itu akan memperuntukkan semula lebih AS$125 bilion keuntungan daripada kira-kira 100 perusahaan multinasional (MNE) yang terbesar dan teruntung di dunia kepada semua negara.
Pada Oktober 2021, OECD mengumumkan 136 negara dan bidang kuasa daripada 140 ahli Rangka Kerja Inklusif OECD/Kumpulan 20 (G20) mengenai Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan Keuntungan (BEPS) telah bersetuju agar perusahaan multinasional tertentu akan dikenakan kadar cukai minimum sebanyak 15 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Malaysia adalah antara 136 negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa itu. - Gambar hiasan
![AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015601/19199450371679743330068_640x360.jpg)
AWANI Borneo [25/03/2023] – Destinasi baharu | Bantu golongan Asnaf | Kekurangan bekalan darah
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 25 Mac 2023 : MYAirline terokai penerbangan ke Pontianak Aplikasi jejak Asnaf mudahkan Tabung Baitulmal Sarawak Hospital Tawau sasar 100 pain darah #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

Cukai minimum global dijangka disenaraikan dalam Belanjawan 2023 - Deloitte Malaysia
Deloitte Malaysia berkata, kemungkinan pelaksanaan GMT adalah ketara susulan perkembangan terbaharu yang berlaku di peringkat dunia.

Malaysia setuju laksana cukai minimum global untuk syarikat multinasional
Malaysia adalah antara 136 negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa itu.