KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan pelaburan berjumlah RM109.8 bilion bagi sektor pembuatan, perkhidmatan, dan sektor-sektor utama dalam sembilan bulan pertama tahun 2020.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), keseluruhan pelaburan tersebut melibatkan 2,935 projek selain turut membuka sebanyak 64,701 peluang pekerjaan di Malaysia.
Daripada jumlah itu, 61.2 peratus atau RM67.2 bilion daripadanya adalah pelaburan langsung asing (FDI) manakala selebihnya adalah pelaburan langsung domestik (DDI) yang berjumlah RM42.6 bilion.
Antara negara yang menjadi penyumbang tertinggi FDI terdiri adalah China dengan RM17.0 bilion, Singapura RM8.0 bilion, Amerika Syarikat RM2.8 bilion, serta Switzerland RM2.8 bilion.
Sepanjang tempoh itu juga, 740 projek berjumlah RM65.3 bilion telah diluluskan, peningkatan 16.6 peratus berbanding RM56.0 bilion pada tempoh sama tahun lalu.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkasakan perdagangan meskipun dunia berdepan pandemik COVID-19.
“Kami berusaha untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat dan kelangsungan perniagaan, bukan sahaja dalam tempoh pandemik ini, tetapi untuk bertahun-tahun ke hadapan,” katanya.
Tambah Azmin, Belanjawan 2021 juga menyaksikan penekanan diberikan untuk terus memacu pemulihan ekonomi.
Hilmi Malik
Tue Dec 01 2020

Malaysia merekodkan pelaburan berjumlah RM109.8 bilion bagi sektor pembuatan, perkhidmatan, dan sektor-sektor utama dalam sembilan bulan pertama tahun 2020.

Pengisytiharan darurat bertujuan mengekang COVID-19
PM sekali lagi menegaskan pengisytiharan darurat semata-mata bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap pembangunan sosioekonomi negara.

Akses maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan tersedia
Semua pihak boleh melayari Portal Manfaat Belanjawan 2021 mulai hari ini, di alamat http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat

Diskaun khas bil elektrik kepada 6 sektor..
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Bantuan one-off kepada pemandu teksi dan bas..
Bagi meringankan beban khususnya pemandu teksi dan bas, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500

Tempoh moratorium bagi peminjam PTPTN dilanjutkan..
Rakyat boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.

Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang dilanjutkan
Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Pelepasan cukai khas pembelian telefon bimbit dilanjutkan..
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

Moratorium, pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan
Moratorium, termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini.

Pakej PERMAI: Pelepasan cukai khas, pemberian data percuma dilanjutkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500.

Fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan - PM
Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dipercepatkan, iaitu mulai 21 Januari. 11.1 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak 2.38 bilion ringgit.

Dua lagi penginapan pekerja kilang sarung tangan sesak, tidak dapat perakuan JTK
Dua penginapan pekerja sebuah kilang sarung tangan di lokasi berasingan di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini, didapati sesak.

PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Waktu operasi turut dihadkan bagi beberapa premis perniagaan, seperti restoran yang hanya dibenarkan buka dari 6 pagi ke 8 malam.

PKP 2.0: Ini sektor ekonomi yang dibenarkan operasi
Lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi termasuk pengilangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

PKP 2.0: Adakah anda dibenarkan ke pejabat esok? Ini SOP sektor ekonomi
Menurut Datuk Seri Azmin Ali, SOP yang disediakan adalah komprehensif, relevan dan praktikal.

PKP 2.0: Lima sektor ekonomi dibenarkan beroperasi - PM Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sektor berkenaan melibatkan bidang pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Kartel daging: Australia sedia beri kerjasama, sentiasa patuhi piawai - Pesuruhjaya Tinggi
Sebagai pengeksport terbesar daging sejuk beku ke Malaysia, kerajaan Australia akan sentiasa memastikan semua produk termasuk daging yang memasuki Malaysia memenuhi segala piawaian yang ditetapkan.

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 151.6 peratus tahun ke tahun kepada RM16.82 bilion pada November
Eksport meningkat 4.3 peratus kepada RM84.43 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi tiga bulan berturut-turut.

Perubahan politik tidak jejas dagangan Malaysia, miliki dasar konsisten - MITI
Lazimnya perubahan politik boleh memberi kesan ketara terhadap dasar perdagangan dan ekonomi selain turut mempengaruhi senario perniagaan.

Arahan bekerja dari rumah diteliti semula
Kerajaan akan membincangkan semula arahan bekerja dari rumah yang diumumkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 22 Oktober lalu.

MIDA lulus 1,053 projek bernilai RM61.7 bilion bagi tempoh Mac-Sept - Mohamad Azmin
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 1,053 projek perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Mac sehingga September 2020.