BISNES
Malaysia teruskan momentum raih semula status Harimau Asia, dipacu reformasi dan keyakinan global - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, pelabur sebenarnya dapat menyaksikan perubahan asas yang telah Malaysia lakukan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan momentum untuk meraih semula status sebagai 'Harimau Asia' di peringkat ekonomi serantau dan global, dipacu oleh pembaharuan asas dan keyakinan antarabangsa yang semakin meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata keraguan terhadap pemulihan ekonomi Malaysia dua tahun lepas telah berkurangan, dan kini semakin mendapat pengiktirafan terhadap penambahbaikan yang kukuh dalam asas ekonomi, tadbir urus dan polisi yang jelas.
"Bagi saya, mesejnya adalah mudah -- Malaysia kembali bangkit dan meraih semula statusnya sebagai 'Harimau Asia.'
"Mereka (pelabur) sebenarnya dapat menyaksikan perubahan asas yang telah kita lakukan serta keyakinan dan pengiktirafan yang diterima Malaysia daripada komuniti antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan mengenai fiskal dan dasar monetari bersama-sama Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour di luar Forum Ekonomi Malaysia 2026 (FEM) di sini hari ini.
Pengiktirafan daripada komuniti antarabangsa mencerminkan hala tuju polisi yang jelas dan asas ekonomi yang lebih kukuh, kata Amir Hamzah sambil memaklumkan tumpuan pada masa ini perlu terarah kepada pelaksanaan.
"Saya berpendapat bahawa rancangan kita telah jelas. Apa yang kita perlukan pada masa ini adalah melaksanakannya dengan baik, dan kerana itulah pada tahun ini dan tahun depan adalah untuk pelaksanaan, bukannya hanya bayangan atau hal-hal lain," katanya.
Mengikut perspektif kerajaan, Amir Hamzah berkata penyelarasan yang erat dengan BNM akan terus memastikan momentum pertumbuhan dikekalkan di samping menjamin keterangkuman.
"Kami mahu memberi dorongan untuk mempercepat pertumbuhan selanjutnya, namun pada masa sama memastikan tidak ada sesiapa yang ketinggalan," katanya.
Beliau berkata kerajaan kekal komited untuk melaksanakan kerangka Ekonomi MADANI bagi meningkatkan paras siling dan lantai ekonomi, seterusnya meletakkan Malaysia di landasan untuk muncul sebagai negara maju menjelang 2030.
-- BERNAMA