Malaysia dijangka tidak mengalami gelembung hartanah dalam tempoh lima tahun, kata Pengurus Besar Perkhidmatan Data iProperty, P. Premendran.
Beliau berkata Malaysia telah mengambil iktibar daripada kegawatan ekonomi 1997-1998 serta krisis sub-prima gadai janji Amerika Syarikat pada 2008.
"Malaysia tidak akan mengalami gelembung hartanah memandangkan unjurannya untuk tempoh lima tahun akan datang sangat baik," katanya kepada Bernama.
Walaupun Bank Negara Malaysia berkata pestabilan harga rumah akan mengambil sedikit masa, Premendran berkata, ia akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.
Beliau berkata landskap ekonomi semasa membolehkan pasaran melaraskan semula dan bertindak balas terhadap faktor-faktor yang berhubung kait dengan kos hidup yang semakin meningkat, pertumbuhan pendapatan yang tidak berubah serta peningkatan harga rumah.
"Ini merupakan punca kestabilan harga sekarang," katanya, sambil menambah bahawa Indeks Harga Rumah Negara Malaysia meningkat 5.36 peratus pada suku ketiga 2016, lebih rendah berbanding 7.35 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata harga rumah meningkat lebih daripada purata pendapatan isi rumah Malaysia sejak 2009 hingga 2015, mencatatkan pertumbuhan dua angka antara 2012 dan 2013.
Premendran berkata pasaran kini disokong oleh projek hartanah yang dimulakan tahun lepas.
"Projek-projek ini akan dapat memenuhi jangkaan harga oleh orang ramai ke atas perumahan," katanya.
Harga rumah mulai 2010 melepasi purata pendapatan isi rumah Malaysia, sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan.
Untuk masa hadapan, Premendran berkata rumah mampu milik terus mendapat permintaan yang tinggi, sama dengan situasi di UK, Australia dan Amerika Syarikat.
"Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur merupakan langkah positif untuk pasaran hartanah Malaysia.
"Kita perlu memberi pasaran masa yang mencukupi untuk pelarasan sendiri dan kita akan mula melihat penentuan harga yang lebih berpatutan ke atas rumah," katanya.
Sementara itu, Premendran berkata terdapat banyak pilihan untuk orang ramai memiliki rumah sendiri jika mereka berkompromi terhadap saiz dan jarak antara rumah dan tempat kerja.
Beliau berkata penanda aras Australia untuk kualiti hidup yang baik ialah 30 minit, dengan pekerja yang tiba di tempat kerja dalam tempoh setengah jam, dianggap sebagai pertumbangan yang asangat baik.
Prememdran berkata skim perumahan terkini seperti 'Skim Rumah Pertamaku' dan 'duduk dan beli', membolehkan pemilik rumah pertama menerima kunci lebih awal daripada tempoh yang biasa berbanding proses kawal aturan biasa bagi pembelian rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
Menurut iProperty, harga rumah meningkat lebih daripada purata pendapatan isi rumah Malaysia sejak 2009 hingga 2015, mencatatkan pertumbuhan dua angka antara 2012 dan 2013.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Langkah penyasaran diesel tidak beri impak pada harga rumah - Kor Ming
Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya memberi impak terhadap harga rumah, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Melaka kekal status negeri tawar harga rumah terendah, purata RM207,600
Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas.
Krisis perumahan: Penunjuk perasaan bantah keputusan kabinet
Antara tuntutan lain termasuk hak mereka ke atas bandar, penamatan eksploitasi dan peningkatan kos sara hidup.
'Perumahan jadi tidak mampu milik kerana pendapatan rakyat tidak cukup, hutang tinggi'
Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (2014 hingga 2020) menunjukkan peningkatan harga rumah sebanyak 4.1 peratus berbanding kenaikan pendapatan pada 2.1 peratus.
Melaka kekalkan harga rumah paling rendah di Malaysia
Melaka masih mengekalkan harga rumah paling rendah di negara ini dengan indeks harga purata RM181,203 seunit pada suku pertama tahun 2022 berbanding negeri-negeri lain.
JPPH diberi kuasa sebagai perantara tentukan nilai harta dan harga rumah
Hasil MoU antara LPPSA dan JPPH yang dimeterai bagi perkongsian maklumat dalam bidang penilaian pembiayaan perumahan sektor awam.
Rakyat Malaysia jangka harga rumah akan meningkat menjelang Dis 2022 - Kaji Selidik Juwai IQI
Sebahagian besar rakyat Malaysia berpendapat sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah atau pangsapuri kerana mereka menjangkakan harga hartanah akan meningkat menjelang Disember 2022.
RMK-12: Kerajaan sasar lebih ramai rakyat Malaysia miliki rumah mampu milik
Ia bermatlamat menyediakan akses kepada rumah yang mencukupi, selamat, dan mampu milik untuk semua.