[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
BUSINESS

Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul

Bernama 29/10/2024 | 22:00 MYT
Tengku Zafrul mengadakan perbincangan secara maya bersama Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis bagi membincangkan mengenai FTA kedua-dua negara. - Foto X/@tzafrul_aziz
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia komited untuk meneruskan rundingan FTA bersama EU.
"Walaupun masih ada aspek yang perlu diperincikan sebelum rundingan boleh dimulakan, saya yakin kedua-dua pihak akan berusaha menjadikannya kenyataan kerana FTA ini akan membawa pelbagai manfaat kepada ekonomi Malaysia dan EU," katanya menerusi catatan di laman X pada Selasa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Tengku Zafrul mengadakan perbincangan secara maya bersama Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis bagi membincangkan mengenai FTA kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pertemuan dua hala dengan Presiden Majlis Eropah Charles Michel di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan di Laos baru-baru ini, telah menyatakan hasrat kepada EU untuk meneruskan perbincangan mengenai FTA Malaysia-EU.
Anwar turut menyatakan beberapa pandangan berhubung Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) yang memberi kesan langsung terhadap industri sawit di Malaysia.
-- BERNAMA
#ASEAN #industri sawit #Kesatuan Eropah #pelaburan