Syarikat penerbangan Malindo Air dijangka memulakan dua laluan baharu ke Kota Bharu, Kelantan dan Langkawi, Kedah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini pada 1 Mac depan.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata penerbangan dua hala itu akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad.
Beliau berkata inisiatif Malindo Air itu dilihat dapat membantu kerajaan negeri meningkatkan industri pelancongan Melaka sekali gus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
"Berita ini telah disahkan pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad dan Malindo Air di LTAM dan ia amat ditunggu-tunggu rakyat Melaka dan orang awam yang ingin ke destinasi tersebut dengan mudah serta menjimatkan masa," katanya dalam sidang media, di sini, pada Rabu.
Sebelum ini Malindo Air pernah menawarkan laluan ke Kota Bharu dari LTAM namun ia dihentikan kerana syarikat berkenaan kekurangan pesawat dan sehingga kini, Malindo Air menawarkan penerbangan destinasi ke Pekan Baru, Indonesia dan Pulau Pinang dari LTAM.
Mengulas lanjut, Mohd Sofi berkata, masa penerbangan bagi laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.
Beliau berkata penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di lapangan terbang itu dan kerajaan negeri menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.
"Selepas ini, kita berharap Air Asia dapat membuka sekurang-kurangnya satu laluan berpontensi antaranya ke Langkawi, Pulau Pinang, Pekan Baru dan Bandar Seri Begawan, Brunei dari LTAM selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri memerlukan komitmen dan kerjasama berterusan daripada pelbagai pihak terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan yang ditawarkan di LTAM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 07 2019

Inisiatif Malindo Air itu dilihat dapat membantu kerajaan negeri meningkatkan industri pelancongan Melaka sekali gus menarik lebih ramai pelancong ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019. - Gambar hiasan

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

ByteDance hadir dengan model AI 'Goku', fokus janaan video
Goku diperkenalkan dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan pelbagai pengkaji dan pembangun turut menyemak penawarannya.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Google Play Store mula beri amaran tidak muat turun aplikasi kurang popular
Amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.

Ramadan lebih indah apabila dirai bersama - Keanu Azman
Bagi Keanu Azman, keindahan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan semangat kebersamaan yang dibawakan oleh Astro.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.
AWANI Ringkas: Kebakaran stesen janakuasa di Port Dickson
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zoo Jepun larang lelaki bujang masuk taman haiwan
Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita.
TikTok kembali ke App Store Apple AS
TikTok kembali ke App Store Apple Di Amerika Syarikat pada Khamis selepas Presiden Donald Trump menangguhkan pengharaman-nya sehingga 5 April.
Jelajah Assalamualaikum Rara 2025 Kelantan
Menyahut semangat kepelbagaian ini, Astro meneruskan siri jelajah Assalamualaikum Rara 2025 dengan tema 'Meriah Lain Macam'. Saksikan perkongsian lanjut bersama wartawan Astro AWANI, Amirul Aiman dan Duta Ramadan Raya Astro, Zizan Razak.

Air Sungai Kelantan mulai melimpah ke Bandar Kota Bharu
Tinjauan Polis Kelantan mendapati air di hadapan Bangunan UMNO Kelantan sudah mencecah 0.23 meter.

Imigresen Kelantan tahan 13 pendatang asing
Sebanyak 13 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di Kuala Krai dan Kota Bharu berakhir semalam.

Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan
Sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari KLIA ke Kota Bharu.

Empat individu dikaitkan GISB direman tiga hari di Kota Bharu
Empat individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Pemandu lori didakwa tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan.

'Saya tak sengaja rogol anak'
Seorang penoreh getah didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.

Buruh didakwa pecah masuk rumah, cabul jiran
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah masuk rumah dan mencabul jirannya.

Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.

Rakam video penunggang motosikal buat salah, kongsi dengan JPJ
JPJ akan mengambil pendekatan lebih agresif terhadap penunggang motosikal berikutan kekerapan kemalangan maut membabitkan golongan itu.

Pembantu penguasa kastam dituduh 90 kali terima rasuah
Seorang pembantu penguasa kastam berhadapan 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 daripada sebuah syarikat pengangkutan kargo.