Malindo Air memperluaskan perkhidmatan 'Smarter Shuttle' dari Subang ke tiga lagi destinasi, iaitu Alor Setar, Terengganu dan Kota Bharu secara percuma.
Ketua Pegawai Esekutif, Chandran Rama Muthy berkata, keputusan itu dibuat susulan kejayaan perkhidmatan penerbangan berkenaan ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.
Beliau berkata, perkhidmatan tersebut bukan hanya satu keselesaan, malah kecekapan masa untuk penumpang memandangkan mereka boleh memaksimumkan atau meminimumkan tempoh di destinasi masing-masing mengikut jadual mereka.
"Ini menjadi kelebihan kepada pengembara percutian dan perniagaan, khususnya bagi destinasi tempatan, yang membolehkan mereka mengambil penerbangan tersedia mengikut pilihan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Mengenai unjuran Malindo Air pada 2017, Chandran berkata ia akan menjadi tahun yang lebih cerah, dengan beberapa usaha dan jangkaan pembangunan yang sedang dirancang di habnya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Beliau berkata, syarikat penerbangan itu menjangkakan jumlah penumpangnya meningkat 25 peratus kepada 1.7 juta tahun ini.
Sasaran tersebut diletakkan setelah mengambil kira rasionalisasi pasaran dan pelan perluasan serentak Malindo Air yang termasuk penerimaan dua lagi pesawat dan pada masa sama mengekalkan faktor muatan purata 75 peratus, katanya.
Seiring dengan pertumbuhan pesat Malindo Air, beliau berkata, syarikat itu memperkenalkan Tambang Warga Emas Malindo, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas akan layak mendapat potongan 20 peratus daripada tambang asal.
Pembelian boleh dibuat di Pejabat Jualan Tiket Lapangan Terbang dan outlet Jualan Malindo yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017
Malindo Air memperluaskan perkhidmatan 'Smarter Shuttle' dari Subang ke Alor Setar, Terengganu dan Kota Bharu secara percuma. - Gambar fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Malindo Air beri amaran mengenai penjualan tiket udara secara haram
Terdapat aduan diterima daripada penumpang tentang individu yang mengutip pembayaran dan kemudiannya melarikan diri.
Malindo Air tawar promosi tambang rendah daripada RM69
Malindo Air menawarkan satu juta tempat duduk dengan promosi tambang rendah bermula daripada RM69, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Subang ke semua rangkaian destinasinya.