awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malindo Air tawar promosi tambang dengan kempen 'Get Ready for 2019'

Bernama
Bernama
18/10/2018
20:44 MYT
Malindo Air tawar promosi tambang dengan kempen 'Get Ready for 2019'
Kempen promosi 'Get Ready for 2019' kini sedia menerima tempahan sehingga 21 Okt, bagi tempoh perjalanan antara 1 Jan dan 8 Ogos 2019. - Gambar hiasan
Malindo Air, yang mencatatkan peningkatan prestasi tepat masa (OTP) penerbangannya, meraikan pencapaian berkenaan dengan melancarkan kempen promosi 'Get Ready for 2019'.
Pada September, operasi pesawat Boeing Malindo Air mencatat peratusan OTP tertinggi pada tahun ini pada 88 peratus, manakala operasi pesawat ATR syarikat penerbangan itu mencatatkan OTP sebanyak 91 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, dalam satu kenyataan pada Khamis berkata: "Kami gembira dapat menyaksikan peningkatan ini hasil daripada perancangan cemerlang dan kerja berpasukan yang hebat. Peningkatan progresif ini telah meningkatkan keyakinan kami.
"Sebagai sebuah syarikat penerbangan premium, menjadi komitmen kami untuk kekal boleh dipercayai di samping memenuhi piawaian industri dan memberikan pelanggan pengalaman yang menyenangkan kepada penumpang kami.
"OTP penerbangan kami juga akan memberi kesan langsung mengenai bagaimana kami menyelaras dengan rakan-rakan kongsi kod kami, iaitu Turkish Airlines dan Batik Air, serta rakan kongsi 'interline' kami."
Indikator OTP, yang akan dikemas kini setiap bulan, kini boleh dilihat di www.malindoair.com.
Kempen promosi 'Get Ready for 2019' kini sedia menerima tempahan sehingga 21 Okt, bagi tempoh perjalanan antara 1 Jan dan 8 Ogos 2019.
Tambang promosi bermula dari RM99 untuk kelas ekonomi dan RM419 untuk kelas perniagaan, dan termasuk elaun bagasi dan makanan ringan/makanan dalam penerbangan.
Malindo Air kini mengendalikan lebih 800 penerbangan seminggu ke 57 destinasi di 16 negara di seluruh Asia dan Australia.
Pada 22 Okt, syarikat penerbangan itu akan memulakan penerbangan ke Kolkata, India dari Kuala Lumpur, dan laluan domestik baru antara Kota Kinabalu dan Kuching.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#chandran rama muthy
#Get Ready for 2019
#Malindo Air
#OTP
#penerbangan
#peningkatan
#pesawat
#prestasi tepat masa
#promosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan