awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

MARA lantik Othman Aziz Pengerusi MARA Corp baharu

Dagang News
Dagang News
13/01/2022
00:15 MYT
MARA lantik Othman Aziz Pengerusi MARA Corp baharu
MARA melantik bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz sebagai Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang baharu, berkuat kuasa 28 Disember lalu. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) melantik bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz sebagai Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) yang baharu, berkuat kuasa 28 Disember lalu.
Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Dun berkata, Senator Dewan Negara berkenaan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri korporat.
"Berbekalkan pengalaman kerja di syarikat terkemuka seperti Sime Darby Plantations, Syarikat Bersekutu Kumpulan Harrisons Malaysia Plantations Berhad dan sebuah anak syarikat Malaysia Mining Corporation Berhad, termasuk menerajui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), saya yakin lantikan ini tepat dengan aspirasi dan visi MARA Corp.
"Ini selari matlamat ke arah sama-sama menyusun dan memangkin pelaburan untuk menyokong mandat serta agenda ekonomi Bumiputera seterusnya," katanya.
Memetik laporan Berita Harian, MARA percaya dengan sifat kepimpinan dan pengalaman yang luas Othman Aziz, mampu memperkukuhkan lagi operasi serta perkhidmatan MARA Corp, dalam memaju, membangunkan agenda Bumiputera sekali gus menjana pulangan pelaburan yang baik, konsisten kepada MARA.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar, 8 Mei 2020, mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Syed Muhamad Syed Abdul Kadir bagi menyandang jawatan Pengerusi MARA Corp., berkuat kuasa 15 Mei 2020.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MARA
#Othman Aziz
#Azizah Dun
#Sime Darby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.