KUALA LUMPUR: MARA Liner Sdn Bhd menawarkan diskaun 10 peratus bagi pembelian tiket dalam talian untuk perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn. Bhd, Zachary Ismail Zee Ismail berkata, tawaran berkenaan untuk mana-mana individu yang layak dan mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk merentas negeri.
"Selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), promosi diskaun 10 peratus pembelian tiket atas talian memberi peluang bagi golongan dan individu yang dibenarkan untuk perjalanan rentas daerah dan negeri Fasa 1 seperti Kedah, Selangor, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala bagi negeri Fasa 2 seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.
"Individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin perlu mendapat pengesahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merupakan golongan pasangan suami isteri hubungan jarak jauh mahupun ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah yang menetap di negeri berlainan.
"Promosi bagi tempahan tiket atas talian bermula sekarang sehingga 30 September 2021 dan boleh memuat turun aplikasi MARA Liner Mobile Apps melalui Google Play dan Apps Store sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu katanya, promosi tempahan tiket dalam talian juga boleh digunakan melalui laman web http://maralinergroup.tiketbas.my dan aplikasi mudah alih ejen jualan tiket MARA Liner.
Jelasnya, promosi itu tidak sah bagi pembelian tiket di kaunter.
Sementara itu ujar Zachary, pihaknya percaya perkhidmatan bas ekspres masih merupakan nadi pengangkutan awam negara sehingga kini.
"Sebagai sebuah syarikat bas yang prihatin, MARA Liner menjamin keyakinan dan keselamatan pelanggan dengan meningkatkan pematuhan prosedur operasi standart (SOP) COVID-19.
"Antaranya sanitasi bas dilaksanakan sebelum dan selepas perjalanan seperti mana yang diarahkan MKN.
"Pemeriksaan Sijil Vaksinasi dan surat pengesahan PDRM akan disemak sebelum perjalanan bermula dan bagi individu yang tidak melengkapkan dua vaksinasi atau tidak cukup 14 hari selepas vaksinasi kedua tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan," jelasnya.
Astro Awani
Tue Aug 31 2021

Zachary berkata, tawaran berkenaan untuk mana-mana individu yang layak dan mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk merentas negeri. - Foto MARA Liner

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Kebakaran | Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini. Ketua Pengarah Jbpm Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.

Pemilihan PKR | Pengundian di 13 cabang berjalan lancar
Pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di 13 cabang di Pulau Pinang hari ini berjalan lancar. Pengerusi PKR Negeri, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik memaklumkan, proses pengundian secara fizikal bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang tadi dalam suasana aman dan terkawal meskipun ada kawasan yang sedikit ‘panas’.

Langkawi: MARA Liner sedia 174 perjalanan ke Kuala Perlis
Sebanyak 174 perjalanan bas ekspres setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis yang turut melalui Terminal Shah Alam disediakan pihak MARA Liner Sdn. Bhd. (MARA Liner) sejak 16 September lalu.

MARA Liner tawar diskaun 10 peratus pembelian tiket dalam talian
MARA Liner Sdn Bhd menawarkan diskaun 10 peratus bagi pembelian tiket dalam talian untuk perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

PPV Bas Bergerak MARA Liner mampu vaksin 800 penduduk luar bandar sehari
Dua buah bas pertama digerakkan di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong di Sungai Siput.

PPV bergerak Mara Liner untuk komuniti luar bandar - Dr Abdul Latiff
Setiap unit PPV bergerak bas Mara Liner mempunyai sembilan kaunter vaksinasi termasuk satu untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).