Semua pesawat Malaysia Airlines akan mempunyai akses data menjejaki pesawat bagi setiap minit dan 100 peratus global menerusi penggunaan sistem perisian AIRCOM FlightTracker disediakan SITAONAIR.
Malah, Malaysia Airlines akan menjadi pelanggan pertama SITAONAIR untuk meraih manfaat itu menerusi jalinan kerjasama penting usaha jejak pesawat membabitkan tiga pihak iaitu SITAONAIR, Aireon dan FlightAware.
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebelum ini menetapkan semua syarikat penerbangan (mempunyai kemudahan) menjejaki pesawat masing-masing bagi setiap 15 minit mulai November 2018.
"Usaha menjejaki pesawat global pada masa sebenar sememangnya sudah lama menjadi sasaran kalangan komuniti penerbangan.
"Malah, MAS berbangga menjadi (syarikat) penerbangan pertama yang menggunakan (sistem)penyelesaian data Automatik Pemantauan-Penyiaran (ADS-B) berasaskan ruang angkasa yang menjadi sebahagian AIRCOM FlightTracker," kata Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Kaedah penyelesaian itu akan mempertingkatkan AIRCOM FlightTracker sedia ada dengan menambah data ADS-B Aireon kepada data semasa yang diperolehi daripada pelbagai sumber global FlightAware.
Pada masa sama, ia turut melengkapi data aktiviti Sistem Pengemudian Udara Masa Depan (FANS) Penyedia Perkhidmatan Pengemudian Udara (ANSP) yang aktif.
Menerusi penggunaan data ini, pusat operasi pesawat Malaysia Airlines akan menerima maklumat kemaskini kedudukan sebenar semua pesawatnya di seluruh dunia.
"Malah, menerusi akses pelaporan minit (terkini), Malaysia Airlines dapat mengetahui aspek kedudukan, haluan, kelajuan dan paras (kedudukan) semua pesawat, pada setiap masa serta peka kepada sebarang kemungkinan," kata Pengarah Portfolio AIRCOM di SITAONAIR, Paul Gibson.
Data Aireon ADS-B berasaskan ruang angkasa itu juga dapat menyelesaikan sebarang jurang penerimaan liputan data sedia ada, terutamanya di kawasan ruang udara dan lautan terpencil yang tidak memiliki sebarang pengawasan pada ketika ini.
Tiada sebarang aspek avionik atau pengubahsuaian baharu perlu dilakukan ke atas pesawat untuk memanfaatkan perkhidmatan baharu ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FlightAware, Daniel Baker berkata Malaysia Airlines akan mendapat keupayaan menjejaki pesawat pada masa sebenar dengan lebih lancar, termasuk di kawasan yang tidak dipantau oleh pihak ANSP pada masa ini.
"Ini bermakna Malaysia Airlines akan mendapat gambaran lebih menyeluruh serta jelas mengenai lokasi sebenar pesawatnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aireon, Don Thoma pula menyifatkan Malaysia Airlines telah memainkan peranannya sebagai peneraju dalam industri itu sejak tragedi yang berlaku pada 2014.
"Aspek menjejaki pesawat pada masa sebenar dan pada bila-bila masa di pelusuk dunia akan mempertingkatkan matlamat keselamatan. Ini akan membolehkan Malaysia Airlines menjejaki pesawatnya di mana-mana pada bila-bila masa," katanya.
Pada November 2016, Aireon, FlightAware and SITAONAIR telah mengumumkan kerjasama baharu untuk melaksanakan data Aireon menerusi FlightAware kepada pelanggan SITAONAIR.
Sebaik sistem Aireon itu beroperasi yang dijadualkan pada 2018, pesawat-pesawat yang sudah menggunakan AIRCOM FlightTracker SITAONAIR akan secara automatik dapat melihat data baharu Aireon terpampang pada sistemnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2017
IZHAM: Usaha menjejaki pesawat global pada masa sebenar sememangnya sudah lama menjadi sasaran kalangan komuniti penerbangan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MAS akan mampu jejaki pesawat pada masa sebenar, peringkat global
Malaysia Airlines akan menjadi pelanggan pertama SITAONAIR untuk meraih manfaat itu menerusi jalinan kerjasama penting usaha jejak pesawat membabitkan tiga pihak.