awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATRADE kekal pemacu utama agenda perdagangan negara

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/12/2025
23:30 MYT
MATRADE kekal pemacu utama agenda perdagangan negara
Johari ketika mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat MATRADE pada Isnin. - Foto Facebook/Reezal Merican
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus memainkan peranan strategik dalam memperkukuh agenda perdagangan negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, MATRADE bukan sahaja berfungsi sebagai agensi utama dalam mempromosi eksport, tetapi turut memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti pengeksport tempatan serta pengukuhan hubungan pelabur domestik dan antarabangsa.
“Dengan strategi yang tepat dan pendekatan bersepadu, saya yakin MATRADE akan terus menjadi pemacu utama dalam meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global,” katanya dalam perkongsian di media sosial selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat MATRADE pada Isnin.
Hadir sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin.
Pertemuan tersebut diketuai oleh Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang memberikan taklimat komprehensif mengenai peranan agensi itu dalam memacu promosi eksport, menyediakan maklumat perdagangan dan pasaran serta khidmat nasihat kepada pengeksport.
Johari berkata, perbincangan turut menekankan keperluan kerjasama erat antara MATRADE dan pelbagai sektor industri bagi memastikan manfaat ekonomi yang menyeluruh kepada negara.
Topic Berkaitan
#Matrade
#JOHARI ABDUL GHANI
#daya saing global
#pemacu eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan