Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersedia untuk lebih agresif meraih manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), terutama di pasaran yang belum ada perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia.
Untuk itu, agensi promosi perdagangan negara ini telah menggubal strategi termasuk bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pembeli berpotensi tentang produk dan perkhidmatan Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dzulkifli Mahmud.
"Kami memang berusaha dengan agresif selama ini, namun kini kami akan lebih agresif. Sebenarnya Malaysia memiliki semua keupayaan (untuk memasarkan barangan dan perkhidmatannya). Kami akan memperhebat usaha untuk membawa masuk lebih banyak pembeli dari seberang laut, terutama dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
VIDEO: Agenda AWANI: Setelah TPPA ditandatangani
VIDEO: Dagangan Malaysia melepasi RM2 trilion dengan TPPA
Antara produk yang berpotensi ke pasaran berkenaan ialah tekstil, fesyen mewah, alat ganti dan komponen automotif, produk berasaskan elektrik dan elektronik serta produk berasaskan getah.
Dzulkifli berkata Matrade akan meneruskan pelbagai inisiatifnya bagi mempersiap pengeksport, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agar mereka lebih bersedia dan berdaya saing untuk pasaran TPPA.
Beliau juga berkata Matrade bekerjasama dengan agensi seperti SME Bank, Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank), SME Corporation Malaysia dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi membantu pengeksport dari segi sokongan kewangan serta mengurangkan risiko berpotensi.
Pada 4 Feb lalu, Malaysia dan 11 negara lagi iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam menandatangani TPPA yang akan memperluas pasaran, mengurangkan tarif dan menggalakkan perdagangan yang lebih bebas.
TPPA merangkumi hampir 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global bernilai US$30 trilion (RM126 trilion).
Dzulkifli memuji pemeteraian TPPA memandangkan ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperluas pasarannya yang memberi manfaat kepada PKS, terutama pengeksport.
Bernama
Tue Feb 09 2016

Pada 4 Feb lalu, Malaysia dan 11 negara lagi iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam menandatangani TPPA. - Gambar fail

COVID-19 | Perintah berkurung di Wuhan - Satu tahun kemudian
23 Januari 2020, dunia menyaksikan perintah berkurung pertama dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Wuhan, China. Satu tahun kemudian, hampir seluruh dunia telah mengambil pendekatan yang sama, manakala di Wuhan, penduduk kini menikmati kebebasan.

Politik UMNO | Beri alasan yang kukuh sebelum putuskan kerjasama
Aizat Azam yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok berpendapat, walaupun usaha memutuskan kerjasama dengan Bersatu ada asasnya, tetapi ia tidak boleh dibuat tanpa alasan yang kukuh. Jelasnya lagi, persepsi terhadap Umno ketika ini agak negatif, apatah lagi selepas ia dilihat cuba meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dan dianggap gila kuasa.

Kanak-kanak leukimia | Impian naiki kenderaan polis tercapai
Impian seroang kanak-kanak yang menghidap penyakit leukimia tahap empat untuk menaiki kenderaan polis akhirnya tercapai.

Politik | Perpecahan dalam UMNO berlaku sebelum PRN Sabah
Perbezaan pendapat dalam usaha persiapan UMNO menghadapi pilihan raya umum dilihat antara faktor utama yang menyebabkan perpecahan dalam parti Melayu terbesar itu. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, titik-titik perbezaan pendapat semakin ketara sewaktu berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah pada November tahun lepas.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri [INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/23023825271611332239891/1886850_8967789641611332281403_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri

COVID-19 | Larikan jenazah bapa, 4 beradik direman
Empat beradik direman selama tiga hari selepas bertindak melarikan jenazah bapa mereka di Hospital Lahad Datu apabila enggan membenarkan hospital menjalan SOP COVID-19 terhadap bapa mereka.

COVID-19 | Pesakit COVID-19 dipercayai bunuh diri
Tertekan akibat positif COVID-19 dan terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi di hospital swasta, seorang lelaki dipercayai membunuh diri di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

10 Berita Pilihan - (22 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

COVID-19: Wakil New Zealand batal sertai Piala Dunia Kelab
Langkah kawalan pergerakan oleh kerajaan negara itu bagi mengekang penularan COVID-19 menjadi punca Auckland menarik diri.

COVID-19: BWF batalkan Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2020
Setiausaha Agung BWF Thomas Lund dalam kenyataan hari ini berkata penangguhan itu tidak dapat dielakkan kerana situasi COVID-19 ketika ini.

Puluhan lagi paus terdampar, kali ini di New Zealand
Renjer dan sukarelawan New Zealand berusaha menyelamatkan kira 25 ekor paus yang terdampar di sebuah pantai di utara negara itu.

New Zealand lanjut tempoh perintah berkurung Auckland empat hari lagi
Penutupan selama dua minggu bandar terbesar di negara itu sepatutnya berakhir akan berterusan hingga Ahad

New Zealand tangguh pilihan raya umum
Jacinda Ardern pada Isnin menangguhkan pilihan raya umum negara itu ke 17 Oktober depan.

New Zealand lanjut sekatan pergerakan untuk 12 hari lagi
New Zealand melanjutkan tempoh sekatan perjalanan di Auckland untuk sekurang-kurangnya 12 hari lagi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

COVID-19: 14 kes baharu di New Zealand melibatkan satu kluster di Auckland
Terdapat 14 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di New Zealand dengan 13 kes berkaitan sebuah kawasan kejiranan di Auckland.

New Zealand catat empat kes baharu COVID-19 selepas 102 hari
Kesemua kes baharu itu melibatkan satu keluarga di Auckland dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

New Zealand catat dua kes baharu COVID-19 selepas 'rekod bersih' 24 hari
Kes tersebut membabitkan dua wanita dari sebuah keluarga, yang tiba dari United Kingdom (UK).

COVID-19: New Zealand catat sifar kes aktif dengan pesakit terakhir pulih
Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Ashley Bloomfield, berkata ia adalah satu berita baik dan pencapaian kepada keseluruhan New Zealand.