awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATTA Fair 2016 catat peningkatan jumlah pengunjung

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/03/2016
12:58 MYT
MATTA Fair 2016 catat peningkatan jumlah pengunjung
MATTA Fair-14 yang bermula 11 Mac sehingga 13 Mac menghimpunkan lebih seribu gerai syarikat pelancongan, penerbangan, dan ejen-ejen persiaran. - Foto fail
Kelembapan ekonomi termasuk kejatuhan nilai ringgit tidak menghalang orang ramai membanjiri Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pada hari pertama pameran, hampir 30,000 pengunjung ke pameran MATTA Fair-14.
Presiden MATTA, Datuk Hamzah Rahmat berkata jumlah itu di luar jangkaan kerana hari pertama pameran bermula pada hari bekerja iaitu pada Jumaat.
Malah ia dijangka mencecah 100,000 pengunjung sepanjang pameran berlangsung.
"Salah satu sebab kerana kita telah mempromosikan pelancongan tempatan dan saya rasa mereka yang datang untuk membeli pakej tempatan,
"Negeri-negeri juga memperhebatkan promosi mereka jadi jumlah pelancongan domestik ini dijangka akan terus berkembang," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian MATTA Fair-14 pada Sabtu.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.
MATTA Fair-14 yang bermula 11 Mac sehingga 13 Mac menghimpunkan lebih seribu gerai syarikat pelancongan, penerbangan, dan ejen-ejen persiaran.
Topic Berkaitan
#MATTA Fair
#Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan