awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis catat keuntungan bersih tinggi RM320.0 juta pada suku pertama 2023

Bernama
Bernama
19/05/2023
21:00 MYT
Maxis catat keuntungan bersih tinggi RM320.0 juta pada suku pertama 2023
Penyedia penyelesaian telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata hasil juga meningkat kepada RM2.52 bilion daripada RM2.40 bilion. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Maxis Bhd merekodkan keuntungan bersih tinggi bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2023, kepada RM320.0 juta berbanding RM298.0 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Penyedia penyelesaian telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata hasil juga meningkat kepada RM2.52 bilion daripada RM2.40 bilion.
Sementara itu, Maxis dalam satu kenyataan berkata hasil perkhidmatan meningkat 4.0 peratus tahun ke tahun kepada RM2.1 bilion dan pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) naik 3.4 peratus tahun ke tahun kepada RM541 juta, meskipun persekitaran operasi yang mencabar.
Menurutnya, hasil daripada pelaksanaan strategi telekomunikasi bersepadunya, syarikat itu dapat mencatatkan pertumbuhan dalam perkhidmatan kesalinghubungan talian tetap dan mudah alih bagi segmen pengguna dan perusahaan dan menambah baik margin keuntungan daripada kos operasi rendah.
Maxis juga mengumumkan dividen interim empat sen sesaham bersih bagi suku tersebut.
Memandangkan syarikat itu menyedari manfaat ekonomi 5G kepada Malaysia, ia berharap dapat menyediakan produk dan perkhidmatan berkaitan 5G kepada pelanggannya tidak lama lagi dengan tumpuan kepada kemampuaaan dan penerimagunaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Maxis
#dividen interim
#talian tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan