KUALA LUMPUR: Maxis Bhd (Maxis) melantik Goh Seow Eng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa pada 1 Dis, 2022.
Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata Goh akan menyertai Maxis sebagai bakal CEO yang dilantik pada 1 Nov, 2022 sebelum secara rasminya mengambil alih jawatan CEO Maxis, Gokhan Ogut yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 Nov, 2022.
Beliau berkata, Goh berpengalaman luas dalam industri telekomunikasi dengan rekod yang baik dalam jalur lebar gentian dan mudah alih, perniagaan talian tetap dan perkhidmatan digital.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk menerajui dan memacu fasa seterusnya dalam perjalanan konvergen kami," katanya.
Pada masa yang sama, Mokhzani turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ogut kerana menerajui Maxis sebagai CEO selama tiga setengah tahun.
"Sebagai CEO, beliau memimpin syarikat menempuh masa-masa yang mencabar dan tidak menentu, terutamanya disebabkan pandemik COVID-19, yang memerlukan penyelesaian dan keputusan yang inovatif," kata beliau.
Goh sebelum ini merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Advanced Info Service (AIS) di Thailand, yang mana beliau bertanggungjawab untuk kesemua unit operasi termasuk perniagaan mudah alih teras, dan menyelia pengembangan syarikat ke dalam pasaran jalur lebar gentian serta perniagaan perusahaan.
Sebelum menyertai AIS, beliau adalah Pengarah Urusan Singapore Telecommunications Ltd dan CEO Tanjong plc di Malaysia.
Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat serantau dan global di Citibank di London, Kuala Lumpur, Taipei dan Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022

Goh berpengalaman luas dalam industri telekomunikasi dengan rekod yang baik dalam jalur lebar gentian dan mudah alih, perniagaan talian tetap dan perkhidmatan digital. - Foto Maxis

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.

Maxis lantik Goh sebagai CEO baharu berkuat kuasa 1 Disember
Goh akan secara rasminya mengambil alih jawatan CEO Maxis, Gokhan Ogut, yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 Nov 2022.