BALI: Maxis berjaya menggondol tiga anugerah emas di ‘Contact Centre World Awards’ yang diadakan di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Jualan & Perkhidmatan Maxis, Patrick Er berkata, pihaknya berbesar hati dengan pengiktirafan penting ini yang tidak mungkin dapat dilakukan tanpa pelanggan mereka.
"Ini adalah hasil daripada tumpuan padu ke arah mewujudkan perkhidmatan yang berbeza.
"Pencapaian ini juga mendorong kami untuk terus berinovasi dan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf perkhidmatan kami untuk menjadi lebih baik, terutama dalam lanskap digital ini, di mana pelanggan mengharapkan yang terbaik daripada kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggannya, Maxis telah berinovasi dalam beberapa segmen, seperti penambahbaikan berterusan dalam pengalaman pembelian digital, pembangunan keupayaan digital layan diri untuk pelanggan seperti pengenalan kotak sembang MAX, dan peningkatan proses untuk pemasangan fiber serta penyelesaian kerosakan.
Anugerah ini diadakan semasa persidangan 17th Annual Contact Centre & CX Best Practices untuk rantau Asia Pasifik.
Maxis menakluki tempat pertama serantau bagi tiga kategori, antaranya Pusat Panggilan Terbaik dalam kategori Pusat Panggilan Besar di bawah Anugerah Perkhidmatan Pelanggan, Kempen Jualan Terbaik di bawah Anugerah Strategik dan Penggunaan Teknologi Layan Diri Terbaik di bawah Anugerah Teknologi.
'Contact Centre World Awards’ diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan oleh ‘ContactCenterWorld’, iaitu organisasi pusat panggilan terbesar di dunia.
Anugerah ini telah menerima penyertaan lebih 80 negara dan 2,000 syarikat serta individu sejak diadakan buat kali pertama.
Organisasi-organisasi berpeluang untuk memenangi anugerah ‘Contact Centre World Awards (CCWA) Top Ranking Performers’ di tiga rantau, iaitu Amerika, Asia Pasifik dan Eropah, Timur Tengah serta Afrika. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Sep 02 2022
Maxis menakluki tempat pertama serantau bagi tiga kategori, antaranya Pusat Panggilan Terbaik dalam kategori Pusat Panggilan Besar di bawah Anugerah Perkhidmatan Pelanggan. -Dagang News
Permohonan undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun
Selepas selesai urusan meminda Perlembagaan Persekutuan, status permohonan berhubung undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun.
KDN beri hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara
KDN sudah memberi hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara dan angka itu yang paling tinggi setakat ini.
Setakat 7 Mac tahun ini, semua permohonan sudah selesai - Saifuddin
Anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia akan mendapat kewarganegaraan secara automatik dan bukan lagi secara pendaftaran sebaik pindaan Perlembagaan selesai.
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Namun begitu, pengguna media sosial belum berpuas hati dengan video terbaharu itu, dengan ramai mempersoalkan mengapa ia kelihatan sangat kabur.
Stokin kalimah Allah: Yang di-Pertuan Agong murka, titah tindakan paling keras
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
AWANI Ringkas: Agong murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mo Salah jalani latihan sebelum bersahur
Bintang Liverpool Mohamed Salah memuat naik video menjalani latihan awal pagi sempena bulan Ramadan.
Kerajaan Perpaduan jamin setiap penyelesaian sempadan maritim tidak jejas kedaulatan negara
Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan dalam penyelesaian persempadanan maritim Malaysia dengan negara jiran tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis
Jabatan Perlindungan Data Peribadi sahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber terhadap Maxis.
Maxis, Nokia umum kerjasama pacu ketersambungan generasi baharu
Maxis menyatakan akan bekerjasama dengan Nokia dalam mengimplementasi pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan Nokia perlind
Maxis, Google Cloud perluas kerjasama, integrasi GenAI dalam perkhidmatan
Maxis telah memperluas kerjasama strategik bersama Google Cloud dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan generatif (GenAI) ke dalam aliran kerja dan penawaran perkhidmatannya.
Maxis lancar siasatan dakwaan pelanggaran keselamatan siber
Maxis Bhd hari ini memulakan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan berlakunya pelanggaran keselamatan siber terhadap sistemnya.
Hasil perkhidmatan Maxis meningkat 1.8% tahun ke tahun
Maxis mengisytiharkan dividen interim sebanyak empat sen sesaham untuk suku ketiga.
Maxis setuju meterai perjanjian akses 5G DNB - Fahmi Fadzil
Maxis bersetuju memeterai Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad DNB) hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Maxis dijangka meterai perjanjian capaian 5G tidak lama lagi - RHB IB
Maxis Bhd dijangka menandatangani perjanjian capaian (AA) 5G tidak lama lagi sekali gus mengorak laluan untuk pelancaran 5G komersial.
Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.
Maxis catat keuntungan bersih tinggi RM320.0 juta pada suku pertama 2023
Maxis Bhd merekodkan keuntungan bersih tinggi bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2023, kepada RM320.0 juta berbanding RM298.0 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Maxis Business Innovation Centre hab memupuk dan memperkasa transformasi digital
Ruang luas melebihi 9,000 kaki persegi yang kondusif untuk perniagaan pelbagai saiz merentas industri memanfaatkan kuasa teknologi digital.