awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis sasar tingkat segmen pascabayar tahun ini

Bernama
Bernama
30/05/2014
23:41 MYT
Maxis sasar tingkat segmen pascabayar tahun ini
Maxis sasar tingkat segmen pascabayar tahun ini
Penyedia perkhidmatan komunikasi, Maxis Bhd, menjangka dapat meningkatkan segmen pascabayarnya tahun ini dengan produk yang baru dilancarkan, MaxisONE.
Ketua Perniagaan Pengguna Dushyan Vaithiyanathan berkata pelan baharu itu bagi memenuhi keperluan tiga segmen pascabayar, iaitu pengguna Internet yang tinggi, pengguna Internet pertengahan dan pengguna Internet yang rendah.
"Pada masa ini kami mempunyai asas pelanggan pascabayar sebanyak 2.8 juta dan jumlah pengguna Internet pertengahan dan rendah dilihat meningkat dari semasa ke semasa," kata Dushyan selepas pelancaran MaxisONE di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata syarikat telekomunikasi itu juga berharap untuk meningkatkan sumbangan pendapatan Internet mudah alih kepada kumpulan daripada 50 peratus sekarang ini.
"Syarikat telekomunikasi di negara-negara maju mampu mencapai sehingga 70 peratus sumbangan daripada Internet mudah alih dan kami juga berusaha ke arah angka tersebut," katanya.
Dilaporkan bahawa pendapatan Maxis bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2014, susut kepada RM2.12 bilion berikutan penggunaan suara dan khidmat pesanan ringkas yang lebih rendah.
Bagaimanapun, pendapatan Internet mudah alih meningkat 12.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, kepada RM524 juta walaupun terdapat kesan pendapatan daripada penghapusan caj pembayaran mengikut penggunaan.
Pada majlis yang sama, Dushyan berkata MaxisONE itu merupakan pelan Internet sahaja yang menawarkan tempoh berbual dan teks tanpa had.
Terdapat dalam dua pilihan iaitu pelan Lite MaxisONE dengan yuran komitmen bulanan sebanyak RM78 manakala bagi MaxisONE ialah RM128.
Topic Berkaitan
#Maxis
#MaxisONE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan