Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
BISNES

Maxis tawar akses percuma sooka Premium enam bulan

Astro Awani 14/08/2025 | 02:20 MYT
Maxis Bhd menawarkan akses percuma selama enam bulan kepada sooka Premium untuk pelanggan Maxis Postpaid 139, 169 dan 199, membolehkan mereka menikmati pelbagai kandungan sukan dan hiburan secara langsung.
KUALA LUMPUR: Maxis Bhd menawarkan akses percuma selama enam bulan kepada sooka Premium untuk pelanggan Maxis Postpaid 139, 169 dan 199, membolehkan mereka menikmati pelbagai kandungan sukan dan hiburan secara langsung.

Dalam satu kenyataan, Maxis memaklumkan, tawaran tersebut boleh ditebus mulai hari ini melalui aplikasi Maxis dan sah sehingga 31 Oktober 2025.

“Pelanggan boleh menikmati lebih 70 saluran langsung dan 20,000 jam kandungan video atas permintaan (VOD), termasuk siaran langsung Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA, Formula 1, MotoGP, La Liga, Bundesliga, kejohanan BWF, UFC, Liga Sepak Takraw (STL), kejohanan tenis Grand Slam, bola keranjang dan banyak lagi,” menurut kenyataan itu.

Pelan sooka Premium menyokong penstriman serentak pada sehingga tiga peranti, termasuk satu televisyen, dalam resolusi 1080p Full HD.

Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis, Loh Keh Jiat berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menawarkan nilai tambah melalui penyelesaian yang disesuaikan dengan gaya hidup digital pelanggan.

“Di Maxis, kami menghubungkan pelanggan kepada setiap detik yang bermakna. Kini, mereka juga boleh menikmati sukan dan hiburan secara langsung, menjadikan masa bersama insan tersayang lebih bermakna,” katanya.

Untuk menebus manfaat ini, pelanggan yang layak hanya perlu membuka aplikasi Maxis, pilih ikon Live Sports, diikuti pilihan “sooka Premium RM0/30 hari”, dan ikuti langkah-langkah untuk mencipta akaun sooka.

Penstriman boleh dilakukan melalui laman web sooka atau aplikasi mudah alih dan TV pintar.

sooka kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store, serta tersedia di semua platform smart tv utama, untuk maklumat lanjut, layari https://sooka.my/.

Maxis turut memaklumkan, pelanggan sedia ada pelan Maxis Lifestyle sooka yang layak akan menerima akses percuma ini secara automatik bermula kitaran bil seterusnya.

Pelanggan pelan Maxis Postpaid lain boleh melanggan sooka Premium pada kadar RM25 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://lifestyle.maxis.com.my/en/benefits.




#Maxis #sooka Premium #akses percuma sooka #pelanggan Maxis