BISNES
Maybank alami gangguan, perkhidmatan DuitNow terjejas
Maybank memaklumkan pihaknya sedang berusaha memulihkan perkhidmatan terjejas secepat mungkin.
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.
Ringkasan AI
Menerusi kenyataan di platform X hari ini, Maybank berkata beberapa transaksi berkemungkinan mengambil masa lebih lama atau tergendala untuk sementara waktu.
"Dalam tempoh itu, anda boleh terus menggunakan kemudahan GIRO Antara bank seperti biasa bagi tujuan penghantaran wang.
"Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin," katanya.
Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi mgcc@maybank.com atau menghubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Maybank mengesahkan gangguan perkhidmatan DuitNow serta transaksi berkaitan seperti pembayaran QR, pemindahan wang, dan pembayaran bil.
- Beberapa transaksi mungkin mengambil masa lebih lama atau tergendala sementara waktu; pelanggan digalakkan menggunakan GIRO Antara bank sebagai alternatif.
- Maybank sedang berusaha pulihkan perkhidmatan terjejas secepat mungkin; maklumat lanjut boleh diperoleh melalui mgcc@maybank.com atau talian bantuan yang disediakan.