BISNES
Maybank IB jangka BNM turunkan OPR 25 mata asas
Maybank IB jangka Bank Negara menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat MPC Rabu ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada Rabu ini.
Ringkasan AI
Menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini, walaupun data ekonomi semasa masih belum melepasi nilai ambang untuk penurunan, petunjuk awal momentum pertumbuhan yang lembap dan tekanan luaran yang meningkat mewajarkan langkah awal berikutan impak dasar dapat dilihat selepas tempoh tertentu.
"Kenyataan mesyuarat MPC pada Mei yang cenderung untuk menurunkan kadar telah membuka ruang kepada pelonggaran dasar oleh BNM. Dari aspek pengurusan risiko, kami percaya risiko melaksanakan penurunan terlalu lewat adalah lebih besar berbanding terlalu awal," katanya.
Menurut Maybank IB, bon ringgit diniagakan tinggi minggu lepas, dengan keluk hasil antara mendatar dan tiga mata asas lebih rendah.
Sementara itu, bon tempatan ASEAN mengekalkan kenaikannya walaupun terdapat jualan dalam pelaburan selamat United Kingdom dan tekanan pasca data senarai gaji bukan ladang ke atas Perbendaharaan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Maybank Investment Bank menjangka BNM akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 bps pada mesyuarat MPC Rabu ini, sebagai langkah awal menangani pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan tekanan luaran.
- Menurut Maybank IB, kenyataan dovish pada mesyuarat Mei membuka ruang pelonggaran dasar, dan risiko bertindak terlalu lewat lebih besar berbanding bertindak awal.
- Bon ringgit diniagakan tinggi minggu lalu, manakala bon tempatan ASEAN terus mencatat kenaikan meskipun terdapat tekanan daripada pasaran global seperti UK dan AS.