KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan pendirian positif terhadap sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Petronas meraih keuntungan yang lebih baik tahun ke tahun sejajar dengan prestasi rakan setara globalnya.
Firma penyelidikan itu dalam satu catatan berkata, keuntungan bersih teras Petronas meningkat 76 peratus suku ke suku kepada RM13 bilion pada suku ketiga 2021, menjadikan pendapatan teras terkumpul sembilan bulan kepada RM27 bilion, peningkatan sebanyak 148 peratus tahun ke tahun.
Ia menyatakan bahawa pengukuhan dalam tempoh suku ke suku turut mencerminkan landskap pasaran yang bertambah baik, dengan harga minyak Brent meningkat sebanyak 7.0 peratus (suku ke suku) kepada AS$74 setong selain pemulihan dalam permintaan.
“Prospek bagi ganjaran risiko Petronas juga bertambah baik dan ini petanda baik bagi penyedia perkhidmatan O&G dan kerajaan. Disiplin modal akan kekal penting berikutan ketidaktentuan pasaran dan peningkatan kos.
"Tinjauan aktiviti akan datang untuk tahun 2022 hingga 2024 akan terus diteliti, kerana ia akan menawarkan pandangan tentang rancangan domestiknya," katanya, lapor Bernama.
Maybank IB turut mengekalkan pendirian "beli" terhadap Yinson, Dialog, Velesto, WSC, MMHE, BArmada dan Icon sebagai saham pilihannya.
Sementara itu, AmInvestment Bank Bhd (AmInvest) mengekalkan saranan '’overweight'’ ke atas sektor O&G.
Ia juga mengekalkan unjuran harga minyak bagi tahun 2021 hingga 2022 pada AS$70 hingga AS$75 setong memandangkan harga minyak mentah Brent telah jatuh daripada paras tertinggi tujuh tahun AS$85 setong pada pertengahan Oktober tahun ini kepada di bawah AS$70 setong berikutan kebimbangan yang impak varian Omicron COVID-19 mungkin sekali lagi boleh menjejaskan permintaan global.
“Walaupun pemberian vaksin global semakin meningkat, kami agak bimbang dengan kemunculan varian virus baharu, kemungkinan minyak mentah Iran memasuki semula pasaran global, lantunan semula dalam pengeluaran syal AS serta kelonggaran selanjutnya kuota pengeluaran Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC),” tambahnya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sun Dec 05 2021
Maybank IB mengekalkan pendirian positif terhadap sektor minyak dan gas Malaysia selepas Petronas meraih keuntungan lebih baik tahun ke tahun sejajar dengan prestasi rakan setara globalnya. -Gambar hiasan
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
Konflik Iran-Israel: Pendapatan Malaysia Airports dijangka terjejas hingga 26%
Ketegangan geopolitik yang kian menggusarkan di Asia Barat boleh menyebabkan penumpang udara dari rantau itu terjejas sekali gus mampu mengurangkan pendapatan Malaysia Airports Holdings Berhad.
Maybank IB unjur pertumbuhan kukuh KDNK 4 peratus pada Januari 2024
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menganggarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bulanan yang lebih kukuh bagi Malaysia, sebanyak 4.0 peratus tahun ke tahun.
Segmen runcit Aeon mungkin terus berdepan cabaran berikutan sentimen pengguna lemah
Setakat pukul 10:45 pagi ini, saham Aeon telah menurun 2 sen atau 1.8% kepada RM1.08 dengan permodalan pasaran berjumlah RM1.5 bilion.
Maybank IB semak turun unjuran kadar inflasi 2023 kepada 2.6%
Ini kerana kesan asas dijangka mengekalkan kadar inflasi bulanan pada 3% YoY untuk sepanjang tahun ini, kata Maybank IB dalam nota penyelidikan hari ini.
Prospek Farm Fresh lebih cerah mulai separuh kedua FY23, Maybank IB kekal saranan 'beli'
Ssyarikat tenusu bersepadu itu dijangka merekodkan pertumbuhan mulai separuh kedua tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 dan seterusnya.
Sektor penerbangan bersedia raih keuntungan pada 2023 - Maybank IB
Sektor penerbangan Malaysia bersedia untuk meraih keuntungan pada 2023 berikutan trafik penumpang terus meningkat dalam keadaan harga bahan api jet menyusut manakala tambang penerbangan kekal tinggi.
Maybank IB jangka ekonomi Malaysia berkembang 4.0 peratus pada 2023
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 4.0 peratus tahun ini.
PRU awal mampu perjelas dasar ekonomi - Maybank IB
Pilihan Raya awal mampu memberikan kejelasan dasar lebih optimum terhadap permasalahan ekonomi terutama soal pengurusan fiskal kerajaan.